Skip to main content

Hiburan

“Nasihat Saya Bukan Untuk Menantu, Tapi Anak Sendiri” - Che Ta Pesan Ammar Setia Pada Isteri

“Nasihat Saya Bukan Untuk Menantu, Tapi Anak Sendiri” - Che Ta Pesan Ammar Setia Pada Isteri

Sekilas

  • Rozita Che Wan menasihati anak lelakinya, Ammar Effendy, supaya sentiasa setia dan menghargai isteri sebagai kunci keharmonian rumah tangga.
  • Che Ta percaya suami adalah nakhoda dalam perkahwinan dan peranan lelaki penting untuk memastikan hubungan kekal harmoni.
  • Dia tidak memberi nasihat khusus kepada menantu, Auni Yasmin, kerana yakin Auni seorang isteri yang baik dan berbudi pekerti.
Advertisement

Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan memilih untuk menasihati anak lelakinya, Ammar Effendy supaya sentiasa setia kepada isteri berbanding memberi nasihat kepada menantu, Auni Yasmin.

Menurut Rozita atau Che Ta, keharmonian rumah tangga bermula daripada seorang suami kerana lelaki merupakan nakhoda dalam sesebuah perkahwinan.

“Saya tak nasihat dekat menantu perempuan sebab punca utama daripada lelaki. Yang penting itu suami.

“Saya cakap suami yang mengemudi. You dapat isteri macam mana pun, kalau you pandai mengemudi, isteri you akan jadi yang terbaik,” katanya.

Tambah pelakon berusia 53 tahun itu, dia bersyukur kerana Ammar dikurniakan seorang isteri yang baik, namun tetap mengingatkan anaknya agar sentiasa menghargai dan melayan pasangan dengan sebaik mungkin.

“Alhamdulillah rezeki Ammar dapat Auni, memang budak baik.

“Cuma saya kata, you kena setia. Sayang isteri, layan dia yang terbaik. Macam mana you nak dilayan oleh isteri, macam itu jugalah you kena layan isteri.

“You tak akan dapat apa yang you tak bagi,” ujarnya.

Che Ta turut menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang nasihat khusus buat Auni kerana yakin menantunya itu memiliki peribadi yang baik.

“Saya rasa Auni anak yang baik, isteri yang baik. Jadi saya tak ada apa nak nasihat dekat Auni pun.

“Dekat anak saya itu yang penting. Sebab dalam rumah tangga, ia bermula dengan lelaki, bukan bermula dengan perempuan atau isteri.

“Kalau suami itu bagus, insya-Allah harmonilah rumah tangga,” katanya.

Terdahulu, Ammar Effendy selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, Auni Yasmin pada 26 Jun lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Must Watch Video

Advertisement