Skip to main content

Hiburan

Neelofa Kongsi Berita Gembira Mengenai Susu Pisang, Lain Pula Yang Netizen Nampak...

ASTROGEMPAK Neelofa (1)
Advertisement

Perkongsian selebriti dan usahawan Neelofa mengenai produk susu pisang yang pernah dikeluarkan oleh syarikatnya meraih perhatian wargamaya di laman sosial. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian itu, Neelofa memberitahu produk yang pernah menjadi kerinduan ramai bakal berada di pasaran tidak lama lagi. 

 

“Yang rindu… dah boleh mula rindu balik. Ada yang dah lama tunggu. Insya-Allah… beautiful plans are on the way,” kongsinya. 

 

Rata-rata wargamaya meluahkan rasa teruja menantikan produk tersebut namun terdapat segelintir mereka yang mula membuat spekulasi berdasarkan foto yang dikongsikan Neelofa. 

 

Netizen mendakwa Neelofa dilihat mempunyai ‘baby bump’ dan mula membuat andaian isteri kepada penceramah bebas PU Riz atau Haris Ismail itu sedang hamil anak ketiga. 

 

“Tahniah Neelofa, semoga Allah permudahkan segala urusan dari perjalanan kehamilan hingga ke pelancaran susu. 

 

“Wah Bilal dan Abbas nak dapat adik baru.

 

“Lain yang ditunjuk, lain yang nampak,” komen beberapa netizen. 

 

Untuk rekod, Neelofa dan suami sudah mempunyai dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal Dan Abdullah Abbas. 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement