Skip to main content

Hiburan

Neera Azizi Persoal Tindakan Pengikut GSF, Didakwa Terlampau Teruja Sambut Aktivis Di KLIA - "Sampai Ada Yang Nak Pengsan”

neera

Pelakon Neera Azizi menegur tindakan segelintir penyokong misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang didakwa bertindak keterlaluan ketika menyambut kepulangan aktivis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Thread, Neera berkata walaupun memahami niat untuk meraikan kepulangan para pejuang itu, tindakan sesetengah pihak yang terlalu bersemangat hingga menyebabkan kekecohan dianggap tidak wajar.

Advertisement

“I tak faham la dengan pengikut GSF ni. I pun one of the followers jugak. Tapi agak-agak la, bagus niat nak sambut pejuang kita secara meriah dekat KLIA. Tapi perlu ke sampai melampaui batas?

“Sampai langsung tak nak bagi ruang dekat keluarga? Dah la team GSF tu baru sampai Malaysia… kesihatan dan mental tak stabil lagi, ada yang badan masih sakit-sakit.

“Lepas tu korang duk kerumun ramai-ramai, tolak-tolak sampai tak bernafas orang. Tu yang sampai ada yang nak pengsan,” tulisnya.

fdf

Dalam pada itu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu turut mempersoalkan niat sesetengah pihak yang hadir, sama ada benar-benar mahu memberi sokongan atau sekadar mahu menjadi tumpuan di media sosial.

“Datang sebab betul-betul nak sokong Palestine atau sekadar nak hype atau FOMO? Renung-renungkanlah,” tambahnya.

Terdahulu, seramai 23 aktivis Sumud Nusantara Malaysia selamat tiba di KLIA Terminal 1 pada pukul 10 malam, disambut oleh ahli keluarga dan rakan terdekat yang setia menanti seawal jam 8 malam.

Difahamkan, lebih 1,000 rakyat Malaysia turut membanjiri kawasan ketibaan lapangan terbang bagi menyambut kepulangan wira kemanusiaan itu.

Sumber: Thread

Must-Watch Video

Advertisement