Skip to main content

Hiburan

Netizen Banding-Bandingkan Hasil Kerja Artis, Misha Omar; "Setiap Artis Ada 'Art' Mereka Sendiri, Kita Tak Mahu Suasana Negatif"

MISHA OMAR

Penyanyi Misha Omar mengakui tidak ambil pusing dengan komen segelintir netizen yang gemar membanding-bandingkan hasil kerja seorang artis.

Menurut Misha, setiap artis itu mempunyai hasil seni dan nilai estetik yang tersendiri.

“Saya tak ambil pusing dengan komen-komen seperti itu sebab mereka seakan keliru. Setiap artis ada ‘art’ mereka yang tersendiri. Suara lain-lain, imej lain-lain dan cita rasa pun berbeza.

Itu yang menjadikan setiap orang memiliki nilai estetik masing-masing,” katanya.

Tambah Misha, sekiranya seseorang itu berada di platform atau ruang miliknya, mereka seharusnya menikmati karya yang dipersembahkan tanpa perlu mengaitkan nama artis lain.

“You are talking about Misha Omar, why are you here dalam channel Misha Omar tiba-tiba cakap pasal artis lain? Kan keliru tu?

“Kalau dah datang untuk Misha Omar, enjoy sajalah. Tak perlu mengaitkan nama orang lain. Kita dah di tahun 2026. Sepatutnya orang sudah boleh kenal pasti setiap artis ada identiti dan nilai seni mereka sendiri," tambahnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta itu turut meluahkan kebimbangan sekiranya komen sedemikian menjadi punca perbalahan antara peminat.

Menurutnya, selama ini suasana dalam kalangan peminatnya sentiasa harmoni, malah terdiri daripada pelbagai kelompok peminat artis lain.

“Selama ini kalau Kak Mitch panggil peminat-peminat ni, kawan-kawan Kak Mitch saja. Harmoni. Mereka pun terdiri daripada persatuan fan club artis-artis lain. Tak pernah ada masalah.

“Jadi bila ada komen seperti ini, kita takut ia jadi virus untuk bergaduh pula. Sedangkan yang nampak keliru nanti bukan artis, tapi yang komen itu sendiri,” ujarnya.

Misha turut menasihatkan agar sebarang teguran atau pandangan disalurkan secara peribadi sekiranya benar-benar mahu memberi saranan kepada artis tertentu.

“Sebelum komen, jangan buka aib sendiri. Kalau nak beri saranan, DM sahaja artis tersebut. Bukan letak di ruangan komen sampai jadi sahut-menyahut.

“Kita tak mahu suasana negatif. Muzik video ini keluar di awal tahun, jadi kita nak mulakan tahun dengan suasana yang harmoni,” katanya lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement