Skip to main content

Hiburan

Netizen Beri 'Warning' Buat Azeva & A. Aida

Menurutnya, tindakan Azeva itu didorong oleh rasa empati terhadap individu tersebut.

Sekilas

  • Datuk A. Aida berkongsi momen anaknya, Azeva Natasha, membantu seorang wanita di lapangan terbang dengan membawa bagasi wanita tersebut.
  • Tindakan Azeva mendapat pujian netizen atas sikap empati, namun ramai juga mengingatkan risiko keselamatan membawa bagasi orang tidak dikenali di lapangan terbang.
  • A. Aida menjelaskan mereka sudah melepasi tiga pemeriksaan keselamatan sebelum Azeva membantu, bagi memastikan keselamatan tindakan tersebut.
Advertisement

Penerbit popular, Datuk A. Aida menyorot perhatian netizen selepas berkongsi momen anaknya, Azeva Natasha membantu seorang wanita di lapangan terbang.

Menurutnya, tindakan Azeva itu didorong oleh rasa empati terhadap individu tersebut.

Advertisement

"My princess Azeva tolong bawak luggage makcik dari Indonesia. Ayat dia, 'Bayangkan kalau mama macam tu'," tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memuji sikap baik hati Azeva.

Bagaimanapun, ramai turut mengingatkan tentang risiko keselamatan apabila membantu membawa atau mengangkat bagasi milik individu yang tidak dikenali di lapangan terbang.

"Tapi jangan amalkan selalu tau. Bahaya bawa luggage orang yang kita tak kenal.

"Dekat airport jangan diangkat beg orang. Kot dalam tu dadah ke apa, tak pasal-pasal terkait sekali.

"Azeva baiknya! Tapi hati-hati tau bawakkan beg orang dekat airport ni. Kita tak tahu apa dalam beg tu. Kalau apa-apa nanti kita terlibat juga.

"Dekat airport jangan diangkat beg orang. Kot dalam tu dadah ke apa, tak pasal-pasal terkait sekali.

"Dekat airport jangan diangkat beg orang. Kot dalam tu dadah ke apa, tak pasal-pasal terkait sekali.

"Please dekat airport tolonglah sombong sesombong-sombongnya. Jangan percaya orang bila dekat airport ni. Orang sekarang jahat sangat, takut jadikan kita kambing hitam.

"Sebagai bekas airline staff, walau kesian macam mana pun, tolong jangan angkat barang atau luggage yang bukan kepunyaan kita, terutama dekat airport. Banyak kemungkinan boleh berlaku, tak kira dah lepas security check atau belum," komen netizen.

Menyedari perkara tersebut, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang memaklumkan mereka sebenarnya sudah melepasi tiga pemeriksaan keselamatan sebelum Azeva membantu wanita berkenaan.

"Untuk makluman, kita dah lepas tiga security check. Tu mek berek Azeva tolong makcik tu," ujarnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement