Skip to main content

Hiburan

Netizen Dakwa Penampilan Nampak ‘Masam’, Ini Respons Nadhir Nasar - “Saya Tak Kisah…”

Nadhir Nasar

Sekilas

  • Nadhir Nasar tidak ambil hati dengan komen netizen yang kata dia nampak ‘masam’ dan seolah-olah tidak mandi, sebaliknya fokus pada sokongan positif yang diterima.
  • Pelakon itu mengakui sebagai anak seni, dia perlu bersedia dengan pelbagai reaksi dan memilih untuk beri perhatian pada perkara yang disukai orang ramai.
  • Nadhir kini membintangi drama Viu Original, Dendam Bayangan, yang mengisahkan persahabatan, pengkhianatan dan kematian mengejut, ditayangkan setiap Khamis dan Jumaat.
Advertisement

Pelakon Nadhir Nasar tidak mengambil hati apabila terdapat netizen yang mendakwa penampilannya kelihatan ‘masam’ dan kelihatan seolah-olah seperti tidak mandi. 

 

Advertisement

Nadhir atau nama lengkapnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, bagaimanapun berkata dia lebih memilih untuk tidak ambil pusing dengan tanggapan negatif netizen terhadap dirinya. 

 

"Saya tak kisah, setiap orang ada perspektif masing-masing tentang perkara yang ingin mereka lakukan. Kalau seseorang cakap 'masam' sembilan lagi suka, jadi kenapa nak fokus kepada seorang sahaja? 

Advertisement

 

"Saya fokus kepada sembilan orang itu sahaja. Benda ini perspektif dan cita rasa. Kadang-kadang ada orang suka pergi zoo tapi ada yang suka pergi pusat membeli-belah. 

 

"Kenapa kita perlu kisah kalau saya nak pergi zoo tapi orang lain pergi pusat membeli-belah," katanya kepada Gempak ketika ditemui di majlis pelancaran drama Viu Original, Dendam Bayangan, pada Selasa.

 

Pelakon drama Projek: High Council itu sudah bersedia dengan risiko apabila bergelar anak seni yang sentiasa menjadi tumpuan ramai, sekali gus menuntut dirinya untuk berfikiran lebih terbuka.

 

"Saya pilih untuk jadi pelakon dan seseorang yang orang nantikan hasil kerja serta perkara yang saya lakukan. 

 

"Sebagai pelakon atau yang mempunyai pengikut dan perhatian ramai, saya perlu bersedia menerima apabila apa yang dikongsikan ada yang tidak disukai orang atau suka. 

 

"Fokus pada perkara yang orang suka dan jangan beri perhatian yang orang benci," katanya lagi. 

 

Kata pelakon berusia 30 tahun itu, kepuasan hati semua pihak adalah perkara yang mustahil untuk dicapai. 

 

"Pada akhirnya, bukan semua orang suka pada anda dan anda pun tak suka semua orang," ujarnya. 

 

Dalam perkembangan lain, Nadhir membintangi drama Bayangan Dendam menerusi karakter Farhan. 

 

Drama bersiri 12 episod ini mengisahkan persahabatan, pengkhianatan dan satu kematian mengejut membabitkan Ariana dan Farhan ditayangkan menerusi platform Viu pada Khamis dan Jumaat.

Anda mungkin berminat dengan

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

Must Watch Video

Advertisement