Skip to main content

Hiburan

Wanita Melamar Jadi Madu, Nora Danish Pandang Dari Sudut Positif - “Kalau Saya Di Tempat Dia, Belum Tentu…”

Nora Danish

Sekilas

  • Nora Danish jelaskan hantaran tentang isteri yang merelakan suami berkahwin lagi hanyalah perkongsian spontan dan dia sendiri belum tentu boleh terima situasi itu.
  • Pelakon itu menerima banyak mesej daripada individu yang mahu memperkenalkannya kepada kenalan lelaki, dan dia kadang-kadang membaca mesej tersebut ketika ada masa lapang.
  • Nora sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik di sisi Allah dan percaya ketentuan-Nya adalah yang terbaik untuk dirinya.
Advertisement

Pelakon Nora Danish menjelaskan hantaran yang dibuatnya sebelum ini mengenai isteri yang merelakan suami berkahwin lagi hanyalah perkongsian spontan.

 

Advertisement

Melihat perkara itu dari sudut positif, Nora bagaimanapun mengakui dirinya sendiri belum tentu mampu menerima situasi sama sekiranya berada di tempat wanita berkenaan.

 

“Sebenarnya saya post tu macam saja-saja waktu malam nak kongsikan macam ada je isteri-isteri mulia di luar sana yang okey suami mereka bernikah sekali lagi jika mampu ataupun ada masalah-masalah lain kan. 

Advertisement

 

“Macam saya fikir kalau saya di tempat dia, belum tentu saya merelakan benda tu kan. Cuma kebenaran akaun tu tak tahulah, kebenaran itu setakat mana kan? 

 

“Mungkin isteri dia pun main-main je so saya tak tahulah. Saya memang cuba untuk melihat setiap perkara dari sudut positiflah. Itu jelah,” kata Nora kepada Gempak. 

 

Nora ditemui di majlis tahlil Allahyarhamah Tun Dr Hasmah di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Rabu. 

 

Menurut Nora, dia ada menerima pelbagai mesej daripada individu yang mahu memperkenalkannya kepada kenalan lelaki, termasuk ahli keluarga mereka.

 

Nora berkata, dia adakalanya membaca mesej tersebut ketika mempunyai masa terluang, malah pernah terfikir mungkin ada antara individu yang diperkenalkan itu merupakan jodohnya.

 

“Bila media cover cerita saya, ada saja orang DM macam-macamlah… nak kenalkan suami dia la, ada yang adik nak ‘kenenkan’ untuk abang dia ‘tolonglah jumpa abang saya, sebab abang saya seorang yang baik' ha macam-macam. 

 

“Saya kadang-kadang kalau boring baca jela. Tapi, saya ada terfikir juga, adakah di antara mereka ini yang jodoh saya kan… kita pun tak tahu,” ujar Nora lagi. 

 

Mengulas mengenai soal jodoh, Nora berkata dia sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan lelaki yang baik di sisi Allah dan percaya ketentuan-Nya adalah yang terbaik buat dirinya.

 

“Saya memang sentiasa berdoa supaya Allah temukan saya jodoh yang baik di mata Allah, itu yang paling penting kan. Tak kisahlah siapa pun, kalau Allah kata itu yang terbaik untuk saya, saya akan merelakan. Takkanlah saya putus harapan, masih muda,” katanya. 

 

Anda mungkin berminat dengan

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

Must Watch Video

Advertisement