tatus lama penyanyi Amira Othman kembali menjadi bualan netizen selepas ciapan yang dimuat naik pada tahun 2017 mula dikorek semula.
Menerusi perkongsian di platform X, Amira ketika itu menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura yang baru mendirikan rumah tangga.
Advertisement
“Congratulastions Fattah & Fazura, jodoh itu rahsia Allah,” tulis Amira ketika itu.

Selain itu, Amira juga pernah memuat naik ciapan awal tahun sama yang menyebut tentang pasangan Fattah dan Neelofa.
“Alamak sweet pulak Fattah & Neelofa ni hehehehehe #Meletop,” tulisnya.
Menariknya, siapa sangka selepas lapan tahun, Amira pula yang berjodoh dengan Fattah apabila mereka disatukan pada Ahad lalu.
Perkara itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menganggap ia bukti tentang besarnya rahsia dan ketentuan Allah.
“Sebegitu besar rahsia dan takdir Allah untuk kita semua. AO pernah tweet ni dulu. Tapi, takdir Allah dah tersusun sekarang untuk dia pula. Apa pun, segala apa di dunia ni hanyalah pinjaman sementara. Tiada siapa yang tahu. Moga jalan hidup kita sentiasa diiringi yang baik-baik.
“Kan, aku rasa dia pun tak percaya, Fattah jadi hak dia sekarang. Takdir Allah,” ujar beberapa netizen.
Tidak kurang juga yang teruja dengan ‘plot twist’ tersebut.
“Wauu this is interesting. Haha. Saya suka benda macam ni. Ini menunjukkan kita tak payah pening banyak-banyak, aturan Allah tu sedang berlaku as we speak.
“Lapan tahun kemudian jadi jodoh diri sendiri hahaha sebab itu kita kena doa baik-baik.
“Betullah kata Amira tu… jodoh rahsia Allah. Sekarang dia pula berjodoh dengan Fattah.
“Jodoh tu rahsia Allah. Beberapa tahun kemudian ehh jodoh dia,” komen beberapa netizen lagi.
Terdahulu, pada malam Ahad lalu, bekas suami Fazura iaitu pelakon Fattah Amin selamat diijabkabulkan dengan penyanyi Amira Othman dalam sebuah majlis akad nikah di Golden Palm Trees, Sepang, Selangor.
Majlis itu turut dihadiri rakan selebriti antaranya Ernie Zakri, Hawa Rizwana, Anzalna Nasir selaku pembawa dulang hantaran serta Nabila Razali.
Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Threads