Pelakon popular, Rita Rudaini meraih pujian netizen selepas dilihat tidak turut serta dalam perbualan mengenai pasangan pengantin baharu, Fattah Amin dan Amira Othman.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik pelakon Raja Azura yang turut ditemani Sharifah Sahora dirakam sedang menikmati juadah di sebuah meja makan sambil berbual mengenai ikan bilis goreng masakan Amira yang kini tular.
Advertisement
“Baru menikah, goreng ikan bilis dengan cili api dan bawang. Amira Othman dan Fattah Amin jadi tular. Ikan bilis dengan bawang pun sedap,” kata Raja Azura.
Bagaimanapun, Rita dilihat tenang dan hanya fokus menikmati makanan tanpa menyampuk perbualan yang sedang berlangsung.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap Rita yang memilih untuk tidak ‘membawang’.
Malah, ramai melabelkan pelakon filem Mami Jarum itu sebagai wanita matang dan ‘classy’ kerana membawa diri dengan penuh santai.
“Respect Rita Rudaini...mahalnya di situ,fokus dengan rezeki dihadapan.
“Suka dgn Rita Rudaini.. x payah byk mulut... makan je... good Rita.
“Respect Rita Rudaini.
“Rita Rudaini terbaik..tak baik kata kat org..depan rezeki tu kak,” komen netizen.