Sekilas
- Pelakon Kamal Adli kini aktif membalas komen peminat di platform Threads.
- Kamal berkongsi bahawa dia cuba kekal gembira untuk elak hilang kewarasan walaupun sedang hadapi masalah.
- Beliau sedang melalui proses perceraian dengan isteri, aktres Uqasha Senrose, dan mereka mempunyai seorang anak perempuan.
Pelakon Kamal Adli kini dilihat semakin aktif membalas komen-komen peminat dan wargamaya di platform Threads sejak akhir-akhir ini.
Gara-gara itu juga, ada wargamaya yang ingin meminta tips bagaimana Kamal sentiasa dalam keadaan gembira biarpun kini berdepan dengan banyak masalah.
“Nak cuba juga la… Assalamualaikum @kamaladli ada apa-apa tips nak sentiasa happy walaupun sedang mempunya 1001 masalah?” tanya wargamaya.
Membalas perkongsian itu, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini memberitahu dia terpaksa berada dalam keadaan gembira kerana ingin mengelakkan dirinya menjadi tidak waras.
“Siapa cakap saya tengah happy… saya nak elak jadi gila saja. Jadi, kena happy,” kata Kamal.
Untuk info, Kamal kini sedang berdepan kemelut rumah tangga dengan isterinya yang juga aktres Uqasha Senrose.
Pasangan selebriti yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Hawra Uqaira itu kini sedang dalam proses perceraiaan.
Sumber - Threads