Skip to main content

Hiburan

Netizen Puji Lakonan Erysha Emyra Dalam ‘Ikatan Terlarang’, Menitis Air Mata Tengok Episod Akhir - “The Level Aku Suka Dia…”

Erysha Emyra

Sekilas

  • Seorang wargamaya di Threads memuji lakonan Erysha Emyra sebagai Azura dalam drama Ikatan Terlarang yang berjaya menyentuh hati sehingga menitiskan air mata.
  • Individu tersebut juga mengenali Erysha sebagai model tudung sebelum ini dan terinspirasi untuk mula memakai tudung bawal selepas menonton drama tersebut.
  • Erysha dan wargamaya itu berkongsi pandangan bahawa menyimpan dendam hanya akan memakan diri dan penting untuk memilih jalan hidup yang baik.
Advertisement

Seorang wargamaya di Threads memuji watak Azura yang dilakonkan oleh pelakon Erysha Emyra dalam drama Ikatan Terlarang yang berjaya membuatkan dirinya menitiskan air mata menonton episod akhir. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran individu tersebut juga mendedahkan kali pertama dia mengenali Erysha adalah seorang model tudung. 

 

“Dah tengok episod akhir Ikatan Terlarang. Kuddos kepada Erysha Emyra bawa watak yang sangat bagus. Jatuh juga la air mata ni part dia paksa Abi bunuh dia. Bermula dari Chinta Akid kepada Kalsom dan ini, Azura, I love it. 

Advertisement

 

“Walaupun semua ini banyak jadi mangsa keadaan. The level aku suka tengok dia memang setiap kali cerita dia, dia pakai bawal saja haa aku pun mula la musim pakai bawal. 

 

“Malah saya kenal dia daripada model tudung. Semoga ada peluang aku nak beli Eyre tu sebab asyik melepas saja,” kongsi individu tersebut. 

 

Pada perkongsian yang sama, individu berkenaan juga dapat merasai emosi dalam drama tersebut dan menganggap setiap orang mempunyai dua pilihan dalam kehidupan.   

 

“Dan untuk cerita ni, aku tak tengok penuh pun. Mula tengok dua minggu lalu. Tapi apa yang saya boleh katakan ya ia penuh dengan emosi. Banyak isi yang ada masa last part tu. 

 

“Untuk saya, hidup ni ada dua pilihan, baik atau buruk. Dan dia bergantung kepada pilihan apa yang kita buat. Jangan simpan dendam terlalu lama, ia akan perlahan-lahan memusnahkan anda,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Erysha turut dilihat menyokong pendapat individu berkenaan dan menganggap menyimpan perasaan dendam hanya akan memakan diri. 

 

“Saya sangat setuju 🫶🏼 semua orang buat salah, tapi tanya diri sendiri balik, berbaloi ke nak berpegang pada dendam yang hanya akan memakan diri sendiri tu,” balas Erysha. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Must Watch Video

Advertisement