Skip to main content

Hiburan

Netizen Risau Puteri Gunung Ledang Pakai Braces, Aisha Retno Tampil Jawab - “Nanti Pakai Retainer…”

Astro Gempak 466

Sekilas

  • Aisha Retno bakal membawakan watak utama Gusti Putri Retno Dumilah dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical.
  • Aisha menjelaskan dia akan menanggalkan braces pada Julai ini dan hanya akan memakai retainer semasa AJL Ogos dan pementasan Oktober nanti.
  • Selain Aisha, pelakon Mila Mohsin juga akan memegang watak Puteri Gunung Ledang dalam teater tersebut.

Sejak diumumkan sebagai watak utama dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi Aisha Retno tidak terlepas menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuk mengenai pemakaian braces.

Antara yang menjadi perhatian ramai adalah kebimbangan segelintir pihak terhadap penampilan Aisha ketika membawakan watak Gusti Putri Retno Dumilah atau Puteri Gunung Ledang nanti.

Tidak berdiam diri, Aisha tampil menjelaskan perkara tersebut menerusi perkongsian dalam Threads.

“Dah reply quite a number to this question hehe but saya jawab lagi ya.

“My braces sudah due untuk cabut latest Julai ini. It’s been a good three years wearing this braces, doakan kelancaran ya,” katanya.

dsfv

Menurut Aisha, dia dijangka sudah tidak lagi memakai braces menjelang Anugerah Juara Lagu (AJL) dan pementasan teater tersebut.

“So AJL Ogos ini dan PGL Oktober nanti insya-Allah pakai retainer saja,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Aisha diumumkan sebagai salah seorang pelakon utama yang bakal membawa watak Puteri Gunung Ledang dalam pementasan teater ikonik tersebut.

Selain Aisha, pelakon Mila Mohsin turut diberikan tanggungjawab membawakan watak sama.

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must Watch Video

Advertisement