Skip to main content

Selebriti

Netizen Sebak, Boleh ‘Relate’ Lepas Baca Pesanan Abby Abadi Buat Anak-Anak - “Selagi Kami Masih Bernafas, Kamu Tetap Doa Terindah…”

Abby Abadi anak

Sekilas

  • Abby Abadi berkongsi luahan kasih sayang dan doa tidak putus buat anak-anaknya di Instagram yang menyentuh hati netizen.
  • Dia mengingatkan anak-anak supaya menjadi insan berguna, tahu bezakan baik buruk, dan sentiasa jadi diri sendiri.
  • Abby menegaskan bahawa walaupun tidak sempurna, anak-anak adalah sumber kekuatannya dan sentiasa ada tempat untuk mereka pulang.
Advertisement

Nukilan penuh emosi dan pesanan menyentuh hati pelakon, Abby Abadi kepada anak-anaknya baru-baru ini meraih perhatian netizen di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram, Abby meluahkan rasa kasih sayang serta doa yang tidak pernah putus buat anak-anaknya sekali gus menyentuh hati netizen.

Advertisement

Malah kata netizen, setiap bait kata yang ditulis Abby itu boleh dikaitkan atau ‘relate’ dengan kehidupan mereka sebagai ibu.

“Anak-Anak… Kalau satu hari nanti Mama, Abah, Papa, Mummy tak lagi mampu pegang tangan tangan mu sekuat hari ini, ingatlah... setiap langkahmu pernah kami doakan tanpa henti.

“Sejak pertama kali mendengar tangisanmu, dunia kami berubah. Penat hilang, lelah jadi manis, air mata jadi saksi betapa besarnya cinta dan kasih sayang ini pada kamu semua.

“Anak-anak… Hidup ini tak selalu indah. Akan ada hari kamu jatuh, kecewa, rasa sendirian tapi percayalah, doa kami sentiasa mengiringi.

“Walau kami tak mampu lindungi kamu setiap masa, kami tak pernah berhenti meminta Allah jaga kamu semua,” coretnya.

Malah Abby juga turut berpesan supaya mereka membesar dengan baik dan menjadi anak-anak yang berguna selain tahu untuk membezakan baik buruk sesuatu perkara.

“Jangan takut untuk menjadi diri sendiri. Jangan lelah untuk jadi lebih baik dari hari ini... Dan jangan pernah lupa kamu adalah sebab kami kuat hingga hari ini.

“Kalau satu hari nanti kamu rasa dunia ini berat... pulanglah. Pelukan kami mungkin tak mampu menyelesaikan segalanya, tapi cukup untuk buat kamu rasa ‘rumah’ dan tempat untuk berlindung masih ada.

“Kami tak minta kamu jadi sempurna, cukuplah kamu jadi anak yang mengenang budi, yang tahu nilai kasih sayang. Tahu bezakan baik dan buruk, dan tak lupa siapa dirimu walau dimana pun kamu berada.

“Ya anakku… Selagi kami masih bernafas, kamu tetap doa terindah dalam hidup kami.. Fi hifzillah. Sayang… sampai syurga,” tulisnya.


Sumber: Instagram @abbyabadi_112

Anda mungkin berminat dengan

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Ritma Top Only by Mirzen | Kurung Pahang Pesak Kekek Cotton Raya 2026

Ritma Top Only by Mirzen | Kurung Pahang Pesak Kekek Cotton Raya 2026

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement