Skip to main content

Viral

Netizen Sebak Lihat Ketabahan Penjual Apam Balik, Tetap Senyum Walau Penuh Dugaan - “Anak Saya Yang Kecil Menghidap Leukemia, Anak Perempuan Pula…”

Peniaga Apam Balik tular

Sekilas

  • Azrul, seorang penjual apam balik, tabah mengharungi cabaran menjaga dua anak yang memerlukan perhatian khas, termasuk anak bongsunya yang menghidap leukemia dan anak perempuannya yang mengalami kelewatan perkembangan pertuturan.
  • Walaupun diuji dengan ujian berat, Azrul dan isterinya tetap cekal mencari rezeki demi memastikan keperluan keluarga sentiasa mencukupi dan saling bertolak ansur dalam menghadapi dugaan.
  • Perkongsian kisah mereka di media sosial mendapat perhatian netizen yang mendoakan agar keluarga ini terus kuat dan dipermudahkan segala urusan.

Kisah seorang penjual apam balik yang tabah meneruskan kehidupan meskipun diuji dengan pelbagai cabaran meraih perhatian netizen di media sosial.

Menerusi satu perkongsian tular di media sosial, seorang lelaki yang dikenali sebagai Azrul berkongsi realiti kehidupannya sebagai seorang bapa kepada dua orang anak yang memerlukan perhatian dan penjagaan rapi.

Menurutnya, anak bongsunya disahkan menghidap leukemia sejak masih bayi, manakala anak perempuannya yang kini berusia tujuh tahun pula berdepan kelewatan perkembangan (speech delay) sehingga belum mampu bercakap serta memahami dengan sempurna.

Bagaimanapun kata Azrul, walaupun berdepan ujian berat, dia dan isterinya tetap cekal mencari rezeki demi memastikan keperluan keluarga sentiasa mencukupi.

“Saya ada dua orang anak, mereka sedikit berbeza. Anak yang bongsu mengidap Leukemia. Anak perempuan saya pula walaupun berusia tujuh tahun, dia masih belum boleh bercakap atau memahami secara sempurna.

“Kami sama-sama mencari rezeki, kami tahu ini adalah amanah yang paling besar, ujian dengan anak-anak, mesti ada sebab.

“Dia adalah isteri yang berkorban untuk saya, tulang belakang saya. Yang selama ini susah senang sama-sama mencari rezeki. Walau ada masalah, kita sama-sama saling bertolak ansur,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai keadaan anak bongsunya, isterinya berkata anaknya kini sedang menjalani rawatan kemoterapi dan menggunakan alat khas bagi membantu proses rawatan.

“Anak kami sedang menjalani kemoterapi, sekarang ini dia pakai kemo pod. Waktu disahkan penyakit itu, dia baru berusia tujuh bulan dan kini dia umurnya hampir tiga tahun.

“Kalau saya tak kuat, saya down, macam mana mereka nak kuatkan diri, jadi saya harus kuat demi anak-anak,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang rata-rata tersentuh dengan ketabahan Azrul dan isterinya.

Rata-rata netizen juga mendoakan agar keluarganya terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Instagram @storiesmy_

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement