Sekilas
- Majlis resepsi kedua Bella Astillah dan YB Syed Saddiq di Muar, Johor berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 10,000 orang.
- Video momen mereka bergambar di photoboot bergerak menjadi tular dan menarik perhatian ramai kerana menunjukkan sisi manja Bella.
- Pasangan ini telah sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober 2026 dan merancang dua majlis resepsi kenduri rakyat di Muar dan Kota Kinabalu.
Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi kedua pasangan selebriti Bella Astillah dan YB Syed Saddiq (BASS) yang diadakan khas buat rakyat di Muar, Johor.
Acara yang bertempat Yong Sheng Banquet Hall, Muar, Johor ini cukup meriah dengan hampir 10,000 orang hadir memeriahkan majlis.
Terbaharu, tular satu video memaparkan momen Bella dan Syed Saddiq sewaktu mereka sedang bergambar di photoboot bergerak yang telah menyorot perhatian ramai.
Menerusi perkongsian seorang individu, dia gembira melihat momen tersebut malah berasa seronok melihat kegembiraan yang jelas terpampar di wajah Bella.
Ujar individu itu lagi, kehadiran Syed Saddiq dalam hidup Bella juga seakan memberikan sinar baharu kepada pelantun lagu Bersama Aku Setia Selamanya (BASS) ini.
“Aku tak pernah tengok Bella semanja ini. SS (Syed Saddiq) buat Bella tunjuk sisi dirinya yang berbeza, dan paling best, dia pun layan Bella dengan cara yang sama,” ujar individu tersebut.
Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri pada 10 Oktorber 2026 dengan sekali lafaz.
Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan mas kahwin RM500.
Selepas melakukan resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu, pasangan ingin akan mengadakan dua majlis resepsi bertemakan kenduri rakyat khusus untuk rakyat Malaysia yang akan berlangsung di Muar, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.
Sumber: Threads