Skip to main content

Hiburan

Netizen Tak Setuju Individu Guna ‘KA’ Untuk Singkatan Nama Kamal Adli - “Itu Hanya Special Untuk…”

Kamal Adli

Sekilas

  • Netizen sedang hangat membincangkan kemelut rumah tangga pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose di media sosial.
  • Nama Kamal dipendekkan menjadi "KA" menimbulkan rasa kurang senang kerana singkatan itu lebih sinonim dengan pempengaruh Khairul Aming.
  • Uqasha telah memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu, dengan prosiding pertama dijadualkan pada 22 Oktober 2025.

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial. 

 

Terbaharu seorang individu memberi pendapat mengenai pasangan itu namun apa yang membuatkan netizen kurang senang apabila nama Kamal dipendekkan menjadi KA. 

 

Rata-rata netizen menganggap singkatan nama KA hanya boleh digunakan untuk pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming sahaja. 

 

“Tolong la ya. KA hanya special untuk Khairul Aming saja. 

 

“Janganlah guna short form KA. Terkejut aku ingat Khairul Aming. 

 

“Rakyat Malaysia boleh terima KA untuk Khairul Aming saja. Kamal Adli pilih huruf lain. 

 

“KA stand for Khairul Aming saja. Yang lain kami tak kenal,” komen netizen. 

 

Untuk info, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu dan prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober 2025.

 

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang berusia 18 bulan. 

Must-Watch Video

Advertisement