Skip to main content

Hiburan

Netizen Teka Fazura, Tapi Hafreez Adam Pilih Tak Nak Dedah Identiti Aktres Popular Baik Hati - “Saya Percaya…”

Fazura Hafreez

Pelakon, Hafreez Adam enggan mengesahkan siapakah aktres popular yang dimaksudkannya dalam sebuah hantaran di media sosial baru-baru ini.

Menurut Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan, mesej utama yang ingin disampaikan adalah tentang sikap seseorang yang banyak melakukan kebaikan tanpa perlu menunjuk.

Advertisement

“Saya rasa tak perlu untuk sahkan siapa artis berkenaan kerana mesej yang saya nak sampaikan ialah ramai orang sebenarnya buat baik secara senyap.

“Pada pandangan saya, orang yang buat baik tanpa perlu menunjuk itu adalah orang yang paling ikhlas,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis watch party drama Rumah Tanpa Luka di Putrajaya pada Khamis.

Tambah Hafreez lagi, aktres berkenaan sememangnya dikenali dengan sikap positifnya.

“Saya percaya aktres itu tahu dirinya yang dimaksudkan dalam perkongsian terbabit. Setiap kali saya berjumpa dengannya, dia hanya bercakap perkara baik. Saya tak pernah dengar dia bercakap buruk tentang sesiapa pun. Itu kelebihan dirinya yang patut dipandang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hafreez turut menyeru agar platform media sosial digunakan untuk menyebarkan perkara yang baik dan bermanfaat.

“Sejak kebelakangan ini, banyak isu negatif termasuk konflik semasa di luar negara. Jadi kenapa kita tak gunakan media sosial untuk kongsi benda baik?

“Saya sendiri banyak kongsi tentang lukisan dan pencuci mulut di Threads. Kita tak tahu hidup sampai bila, macam mana kalau tengah menaip tiba-tiba meninggal dunia? Alangkah baik kalau yang ditinggalkan itu perkara positif,” tambahnya.

Must-Watch Video

Advertisement