Skip to main content

Selebriti

Netizen Terhibur Dengan Mustaqim Bahadon, Trend ‘Matcha Strawberry’ Buat Para Suami Pening Kepala - “Kepada Isteri-Isteri Yang Suami Tak Berapa Nak Cerah…”

Mustaqim Bahadon

Sekilas

  • Pelakon Mustaqim Bahadon mencuit hati netizen dengan nasihat berseloroh mengenai trend warna pakaian ‘Matcha Strawberry’ yang popular sekarang.
  • Beliau menasihatkan isteri supaya mempertimbangkan warna pakaian suami terutama jika suami berkulit gelap agar tidak kelihatan seperti perarakan Hari Merdeka tadika.
  • Hantaran Mustaqim di Threads mendapat perhatian netizen yang terhibur dan bersetuju dengan pandangannya tentang konsep padanan warna pasangan itu.

Pelakon, Mustaqim Bahadon mencuit hati netizen selepas memuat naik hataran berkenaan dengan tema atau pun trend warna yang hangat diperkatakan ketika ini iaitu ‘Matcha Strawberry’.

Menerusi hantaran di platform Threads, Mustaqim secara berseloroh menasihatkan golongan isteri supaya mempertimbangkan semula pilihan warna pakaian sekiranya ingin menggayakan konsep ‘Matcha Strawberry’ bersama pasangan.

“Kepada isteri-isteri yang suami dia tak berapa nak cerah tu, tolonglah fikirkan balik nak suruh suami awak yang kulit gerhana tu pakai baju strawberry matcha.

“Dah macam perarakan hari merdeka tadika kemas. Kalau nak sama, pakai satu color je bang. Jangan nak matcha strawberry sangat,” tulisnya.

Hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan cara penyampaiannya.

Malah, netizen juga turut memberikan reaksi yang lucu dan bersetuju dengan pandangan Mustaqim.

Untuk info, ‘Matcha Strawberry’ merujuk kepada gabungan warna hijau lembut seperti matcha dan merah jambu atau merah strawberi yang sering dijadikan konsep padanan pakaian pasangan bagi menampilkan gaya yang sepadan dan menarik perhatian.

Sumber: Threads @mustaqimbahadon

Anda mungkin berminat dengan

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Must Watch Video

Advertisement