Gelagat tiga sekawan iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Jalaluddin Hassan dan Roy Azman mendapat perhatian netizen selepas tular video mereka menari di kelas tarian.
Menerusi video yang dikongsi oleh Roy Azman, mereka bertiga dilihat sedang gigih berusaha menari dengan menggunakan lagu Dynamite dari kumpulan K-Pop lelaki terkenal iaitu BTS.
Advertisement
Lebih menarik lagi, netizen menyatakan rasa teruja sebaik sahaja melihat Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram yang begitu ‘sporting’ menari dengan bersungguh-sungguh.
Tidak hanya Tok Ram, kecomelan Datuk Jalal ketika menari juga membuatkan netizen terhibur manakala Roy Azman pula digelar sebagai ‘ketua kumpulan’ kerana kelincahannya.
Paling lucu apabila netizen menyamakan Tok Ram sebagai Namjoon (RM) kerana gaya penampilannya hampir menyerupai ketua kumpulan BTS itu.
Bagaimanpun, Datuk Jalal pula diusik netizen apabila mereka terhibur melihat dirinya memakai kemeja dan tetap tidak lepas dengan gaya seorang CEO.
Netizen juga turut memanggil Datuk Jalal dengan gelaran pakcik beras kerana iklan beras ikoniknya yang sehingga kini masih diingati.
Berikut merupakan video penuh mereka:
Aiii Pakcik beras niii...dia dlm dunia dia sendiri 😅 Link undi👇 https://voting.astro.com.my/anugerahmeletopera2025