Sekilas
- Misha Omar mencuri tumpuan netizen apabila tampil bertudung dan anggun dengan busana hijau muda semasa membuat persembahan di Perlis.
- Penampilan penyanyi berusia 44 tahun itu mendapat pujian ramai yang menganggap ia antara persembahan ‘Beeak’ paling manis pernah dilihat.
- Difahamkan penampilan bertudung Misha adalah atas permintaan kerajaan negeri Perlis.
Penyanyi, Misha Omar menarik perhatian netizen apabila tampil bertudung ketika hadir membuat persembahan di Perlis baru-baru ini.
Menerusi sepotong video yang tular di media sosial, Misha dilihat begitu manis mengenakan tudung sambil tampil anggun dengan busana rona hijau muda.
Penampilan tersebut nyata mencuri perhatian ramai, malah rata-rata netizen memuji kecantikan dan keayuan penyanyi berusia 44 tahun itu ketika berada di atas pentas.
Tidak kurang juga yang menyifatkan penampilan Misha bertudung sebagai antara persembahan ‘Beeak’ paling manis pernah dilihat mereka.
“Saya nak menamakan ini sebagai persembahan BREAK yang paling manis melecaih!” komen netizen.

Bagaimanapun difahamkan penampilan Misha itu merupakan permintaan daripada kerajaan negeri Perlis.
Sumber video: Threads @jamilahbidin