Sekilas
- Seorang wargamaya berkongsi video lama menunjukkan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Kosong nyanyian asal Najwa Latif secara santai di hadapan Najwa dan beberapa penyanyi lain seperti Datin Alyah dan Shila Amzah.
- Video tersebut memperlihatkan Najwa yang masih muda berpeluang beraksi sepentas bersama barisan artis senior termasuk Siti Nurhaliza dan Shila Amzah.
- Perkongsian ini muncul selepas seorang individu menerima kecaman netizen kerana komen negatif mengenai fizikal Najwa selepas bersalin.
Seorang wargamaya menyorot perhatian apabila mengimbua kembali momen Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyanyikan lagu Kosong nyanyian asal penyanyi, Najwa Latif.
Menerusi perkongsian yang dibuat, dapat dilihat Siti menyanyikan lagu tersebut dengan gaya yang begitu santai di hadapan Najwa serta beberapa penyanyi lain seperti Datin Alyah dan Shila Amzah.
Ujar individu tersebut, Najwa yang ketika itu masih muda sudah pun berpeluang untuk satu pentas bersama Siti dan beberapa penyanyi hebat yang lain.
“Tokti (Siti Nurhaliza) pun nyanyi lagu Najwa Latif (Kosong). Video tahun bila entah tapi ya Najwa pernah saja sepentas dengan barisan artis senior termasuk Alyah dan Shila.
“Pemuzik Chaan pun ada sekali jadi, mana yang nak kutuk-kutuk Najwa tu, ‘see the leg’ lah,” kongsinya.
Sebelum ini, seorang individu menerima kecaman hebat daripada netizen selepas mengeluarkan komen mengenai fizikal Najwa.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan memberikan pandangan mengenai penampilan wanita selepas bersalin dan membandingkan fizikal Najwa dengan selebriti lain.
Sumber: Threads