Skip to main content

Hiburan

Nigel Sparks & Kenneth Bertemu Semula Selepas Hampir 10 Tahun - “Disebabkan Soalan Sarimah Ibrahim, Saya Berpeluang Ucap Terima Kasih”

Nigel Sparks

Sekilas

  • Nigel Sparks akhirnya berjumpa semula dengan Kenneth, individu yang banyak membantunya dalam perniagaan selepas hampir 10 tahun berpisah.
  • Pertemuan itu berlaku selepas sesi program Tumpah Teh With Sarimah yang dikendalikan Che Puan Sarimah Ibrahim.
  • Nigel berpeluang mengucapkan terima kasih secara langsung kepada Kenneth yang banyak memberi peluang dan tunjuk ajar dalam dunia perniagaan.

Selepas hampir 10 tahun, pempengaruh media sosial dan usahawan, Nigel Sparks akhirnya dapat berjumpa dengan individu yang banyak membantunya dalam dunia perniagaan yang dikenali sebagai Kenneth.

Ujar Nigel yang merupakan pengasas jenama The Cap City, pertemuan mereka tercetus selepas sesi program Tumpah Teh With Sarimah yang dikendalikan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim.

“Korang ingat lagi sesi temu bual bersama Che Puan Sarimah? Bermula dengan soalan itu…

“Saya akhirnya dapat berjumpa semula dengan Kenneth yang kini menetap di Hong Kong selepas 10 tahun.

“Saya juga dapat ‘payung’ dia satu topi jenama saya dan kongsikan padanya macam mana jenama ini membangun.

Perkara itu dikongsikan Nigel menerusi satu perkongsian yang dimuat naim di Instagram (IG).

Lebih manis, Nigel memaklumkan pertemuan itu juga memberi peluang kepada dirinya untuk mengungkapkan perkataan yang sudah lama dia ingin katakan kepada Kenneth.

“Disebabkan soalan itu juga, saya berpeluang untuk ungkap perkataan yang dah lama saya nak sebut iaitu, ‘Terima kasih Kenneth’,” kongsinya.

Sekadar info, menerusi program Tumpah Teh With Sarimah yang disiarkan pada November lalu, Sarimah bertanyakan mengenai seorang individu penting yang banyak membantu Nigel dalam perniagaan.

Soalan itu kemudiannya membuatkan Nigel terkedu sehinggakan dirinya sebak ketika mengimbau kembali kenangan bersama Kenneth.

Kongsi Nigel, Kenneth disifatkan sebagai seoranv individu yang baik hati dan banyak memberi peluang serta tunjuk ajar kepadanya dalam dunia perniagaan.

Sumber: IG Nigel Sparks

Anda mungkin berminat dengan

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Advertisement