Nikita Willy memang pernah menjadi pelakon wanita paling hangat pada zaman sebelum dirinya memutuskan memberi fokus terhadap keluarga sebelum berkahwin.
Antara naskhah lakonannya termasuklah Nikita, Cinta Buta dan Putri yang Ditukar. Permintaan yang cukup tinggi buat Nikita pada suatu masa dulu didorong oleh sikapnya yang profesional.
Dalam sebuah temu bual podcast Kakak Beradik, Nikita memberitahu sangat menghormati kru penggambaran yang sudah dianggap seperti keluarga.
Dan tanpa berselindung, bintang berusia 31 tahun itu juga mengaku tidak teragak-agak meminta produksi menukar pelakon yang kurang digemari kerana sikap tidak profesional mereka, terutama terhadap kru penggambaran.
“Saya menganggap kalau kru sinetron atau di lokasi, adalah keluarga saya. Kalau buat ganti-ganti kru, sebenarnya tidak pernah.”
“Cuma kalau mungkin kadang-kadang ada satu pemain yang memang ternyata attitude-nya (jelek, tidak baik towards them (kru), saya boleh beritahu 'I don't like this person' gitu, 'terlalu ini, terlalu itu,'" ungkapnya seperti dilaporkan Kompas.
Menurut Nikita dia berbuat demikian kerana tidak suka melihat pelakon bersikap biadab terhadap kru penggambaran.
“Kerana saya orangnya sangat-sangat pro kru,” tambahnya lagi.
Sejak minggu lalu, nama Nikita menjadi hangat kerana didakwa sebagai pelakon yang sombong di set penggambaran seperti dituliskan oleh Aurelie Moeremans menerusi buku Broken Strings. Buku tersebut berisi pengalaman pahit dirinya dalam industri hiburan Indonesia.