Sekilas
- Noor Nabila, kakak kepada pelakon Neelofa, menarik perhatian netizen selepas berkongsi foto bersama seorang jejaka di Insta Stories.
- Wajah jejaka tersebut tidak didedahkan dan ditutup dengan emoji hati dalam gambar tersebut.
- Netizen memberikan komen positif dan merestui hubungan mereka, mengatakan pasangan itu kelihatan sepadan.
Usahawan dan kakak kepada pelakon, Neelofa iaitu Noor Nabila mendapat perhatian netizen selepas berkongsi foto bersama dengan seorang jejaka.
Menerusi perkongsian di Insta Stories miliknya, foto tersebut merakamkan Nabila sedang tersenyum sambil memeluk jejaka berkenaan.

Bagaimanapun wajah jejaka itu tidak didedahkan Nabila dan ditutup dengan emoji berbentuk hati.
Sementara itu, di ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan komen positif dan merestui mereka berdua.
Malah mereka juga mengatakan, Nabila dan jejaka itu kelihatan sepadan.
