Skip to main content

Selebriti

Noor Nabila Rancang Kahwin, Akui Anak Ada Hubungan Baik Dengan Bakal Suami - “Kita Tengah Buat Persiapan…”

Noor Nabila Rancang Kahwin, Akui Anak Ada Hubungan Baik Dengan Bakal Suami - “Kita Tengah Buat Persiapan…”

Sekilas

  • Noor Nabila mengesahkan dia akan berkahwin dengan Ameer Aiman pada penghujung tahun ini dan sedang membuat persiapan untuk majlis tersebut.
  • Dokumen penting untuk perkahwinan sudah disiapkan dan mereka berharap segala persiapan berjalan lancar.
  • Anak Nabila, Jebat Jayden, menerima pasangan baru ibunya dengan baik, menjadi salah satu faktor utama keputusan perkahwinan itu.
Advertisement

Tidak berselindung, personaliti media sosial dan usahawan, Noor Nabila mengakui dia bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya iaitu Ameer Aiman pada penghujung tahun ini.

Kakak kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa itu berkata, perancangan untuk berkahwin sudah dibuat dan kini mereka sedang melakukan persiapan bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

Advertisement

“Doakan saya, kami akan ke fasa seterusnya dalam masa yang terdekat. Kita sudah ada rancangan, dalam tahun ini. InsyaAllah, semuanya dalam perancangan,” katanya kepada Gempak.

Noor Nabila ditemui pada majlis pelancaran susu pisang Nilofa di Flint, Petaling Jaya pada Ahad.

Mengulas mengenai persiapan, Nabila berkata persiapan sedang dilakukan dan berharap semuanya dipermudahkan.

“Kita tengah membuat persiapan. Apa yang penting-penting, dokumen-dokumen itu dah dibuat. Cumanya itulah majlis itu nanti dalam persiapan, insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila memberitahu, anaknya Jebat Jayden juga menerima pasangannya dengan baik, dan itu juga antara salah satu faktor dia memutuskan untuk berkahwin dengan jejaka berkenaan.

“Jayden okey. Dia ada hubungan yang baik dengan Ameer. Hubungan mereka boleh nampak jadi secara natural, alhamdulillah,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement