Skip to main content

Hiburan

Nora Danish Syukur Diri Lebih Tenang Hadapi Ujian - “Mungkin Ketenangan Hadir Daripada Amalan Solat Tahajud”

Nora Danish

Sekilas

  • Pelakon Nora Danish berkongsi pengalaman berhijrah dengan mencari ketenangan hati melalui amalan solat tahajud dan ibadah kepada Allah SWT.
  • Dia sering menghadiri kelas agama dan mengamalkan solat sunat tahajud serta istikharah untuk mendapatkan ketenangan dalam hidup.
  • Nora percaya amalan solat tahajud membantunya menghadapi ujian hidup dengan lebih tenang dan sabar.
Advertisement

Pelakon, Nora Danish berkongsi pengalaman manis yang dialaminya sejak mula berhijrah apabila dia kini lebih memilih untuk mencari ketenangan hati menerusi amalan dan ibadah kepada Allah SWT.

Menurut Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, solat tahajud merupakan ibadah yang disarankan bagi mendapatkan ketenangan dalam kehidupan.

Advertisement

“Sejak mula berhijrah, saya sering menghadiri kelas agama yang menyarankan agar bangun menunaikan solat tahajud untuk mendapatkan ketenangan hati.

“Ada juga saya amalkan solat sunat tahajud dan istikharah serta berdoa agar dikurniakan ketenangan.

“Tetapi saya sendiri tidak pasti bilakah ketenangan itu akan hadir dalam diri saya,” ujarnya.

Tambah Nora, dia juga berjaya berdepan dengan beberapa ujian sejak akhir-akhir ini dengan penuh rasa tenang.

Pelakon filem Polis Evo ini percaya, ketenangan itu datangnya daripada amalam solat tahajud yang dilakukannya.

“Namun, apabila saya menghadapi ujian sekarang yang melibatkan beberapa masalah, saya dapat menghadapinya dengan tenang.

“Saya merasakan ketenangan itu mungkin hasil daripada amalan bangun solat sunat tahajud, yang menjadikan diri saya lebih tenang,” katanya.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement