Skip to main content

Selebriti

Noraniza Idris Tegur Penganjur ‘Baru Nak Up’, Minta Fahami ‘Rate Card’ Artis - “Jangan Letak Nilai Penyanyi Tu Macam Hobi…”

Noraniza Idris Tegur Penganjur ‘Baru Nak Up’, Minta Fahami ‘Rate Card’ Artis - “Jangan Letak Nilai Penyanyi Tu Macam Hobi…”

Sekilas

  • Noraniza Idris menasihatkan penganjur acara baru supaya membuat kajian dan menyediakan bajet mencukupi sebelum melibatkan artis dalam projek mereka.
  • Beliau menegaskan penganjur perlu faham kadar bayaran atau 'rate card' artis sebelum membuat tawaran, walaupun untuk acara amal atau CSR.
  • Noraniza mengingatkan bahawa kisah peribadi penganjur tidak menjadi alasan untuk mengabaikan aspek pengurusan dan bayaran yang adil kepada artis.
Advertisement

Penyanyi, Noraniza Idris tampil memberikan teguran dan nasihat kepada penganjur acara, khususnya mereka yang baru berjinak-jinak dalam menganjurkan sesebuah program membabitkan golongan artis.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Noraniza berkata penganjur perlu membuat kajian terlebih dahulu mengenai selok-belok pengurusan acara, termasuk dari segi menyediakan bajet yang mencukupi sebelum mengundang artis untuk terlibat dalam sesuatu projek.

Advertisement

“Kepada Penganjur event yang baru nak up. Sebelum korang layak nak bergelar penganjur, study lah dulu cara nak membuat event, lebih-lebih lagi bila ada hajat nak melibatkan artis dalam projek korang.

“Bajet korang kena ada dulu dalam poket. Tak kira apa keadaan korang sekalipun. Orang luar tak peduli kisah sedih korang nak ke penganjur,” tegurnya.

Dalam pada itu, Noraniza turut menegaskan bahawa penganjur perlu memahami kadar bayaran atau ‘rate card’ seseorang artis sebelum mengemukakan sebarang tawaran.

Advertisement

Katanya, perkara itu tetap perlu diberi perhatian meskipun acara yang dianjurkan bertujuan untuk kerja amal atau tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Walaupun nak buat kerja amal sekalipun atau CSR, sebelum korang nak ‘meminang’, study dulu rate cart artis, jangan letak nilai penyanyi tu mcm hobi korang menyanyi ya nak,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement