Skip to main content

Hiburan

Noreen Iman Sah Cerai Talak Satu

ASTROGEMPAK Norreen

Sekilas

  • Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman sah bercerai talak satu dengan bekas suami Mohd Razzi Abd Razak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.
  • Mereka tidak memberikan sebarang kenyataan selepas prosiding selesai, manakala wargamaya mendoakan mereka teruskan hubungan baik demi anak-anak.
  • Norreen dan Razzi berkahwin sejak 2011 dan mempunyai dua cahaya mata, namun rumah tangga mereka dilaporkan bergolak sebelum ini.

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman dilaporkan sudah sah bercerai talak satu dengan bekas suami Mohd Razzi Abd Razak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis. 

 

Berita perceraian mereka dilaporkan menerusi Instagram sebuah program hiburan. 

 

Bagaimanapun menerusi video yang dimuat naik, Norreen dan Mohd Razzi tidak memberikan sebarang kenyataan selepas prosiding selesai.

 

Dalam pada itu, wargamaya rata-rata meluahkan simpati dan mendoakan mereka berdua dapat meneruskan hubungan baik demi dua cahaya mata.

 

Norreen terdahulu hadir prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai di mahkamah yang sama pada 29 April lalu namun tidak memberikan sebarang komen.

 

Rumah tangga Norreen dan Razzi didakwa bergolak kerana tidak lagi berkongsi gambar dan kandungan bersama di laman.

 

Mereka mendirikan rumah tangga pada 2011 dan memiliki sepasang cahaya mata.

 

Sumber - Instagram

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement