Skip to main content

Hiburan

Nourul Depp Dedah Bahaya Ombak Bali, Nasihat Pelancong Lebih Berhati-Hati - “Lifeguard Hanya Akan Ada Pada…”

Astrogempak NOURUL

Sekilas

  • Nourul Depp menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan ombak kuat di pantai popular Bali seperti Kuta, Batu Bolong, Legian, dan Canggu walaupun pandai berenang.
  • Beliau menegaskan arus di laut Bali boleh menarik seseorang ke tengah laut tanpa disedari dan mengingatkan supaya sentiasa mematuhi amaran keselamatan seperti bendera merah.
  • Nasihat ini susulan insiden hampir lemas yang dialami pempengaruh Spacedollah ketika bercuti di Bali baru-baru ini.
Advertisement

Penyanyi, Nourul Depp tampil menitipkan peringatan kepada orang ramai mengenai bahaya ombak di Bali susulan insiden cemas yang menimpa pempengaruh media sosial, Spacedollah, baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Threads, Nourul yang telah menetap di Bali selama lima tahun berkata, keadaan laut di beberapa kawasan pantai popular di pulau tersebut tidak boleh dipandang ringan meskipun seseorang itu mahir berenang.

Advertisement

“Assalamualaikum. Saya terbaca hantaran ini. Saya tinggal di Bali dah lima tahun. Laut Bali ni bukan boleh dibuat main-main.

“Terutamanya di Kuta, Batu Bolong, Legian atau sekitar Canggu. Ombak di Lembongan juga bukan boleh dibuat main. Walaupun kita pandai berenang,” tulisnya.

Tambah Nourul, ombak di Bali mempunyai arus yang kuat dan mampu menarik seseorang ke tengah laut tanpa disedari.

Nourul turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka terhadap amaran keselamatan yang dipasang di kawasan pantai, termasuk bendera merah yang menandakan keadaan laut berbahaya dan tidak sesuai untuk aktiviti berenang.

“Ombak di Bali seperti tangan mengaut kita ke dalam.

“Lifeguard hanya akan ada pada waktu yang sepatutnya, bukan sepanjang masa. Kita perlu lihat bendera merah di pantai. Ia bermaksud ombak kuat dan tiada siapa dibenarkan berenang,” jelasnya.

Terdahulu, abang kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq iaitu Spacedollah berkongsi detik cemas dia hampir lemas ketika bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan, Spacedollah atau Syed Abdullah Syed Abdul Rahman insiden tersebut berlaku disebabkan dirinya sendiri yang mengambil keputusan untuk berenang di tengah lautan.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement