Sekilas
- Nourul Depp tekankan pentingnya adab dalam berkomunikasi di media sosial seperti Threads.
- Dia hargai pengguna yang sopan tapi akan block akaun yang menggunakan bahasa kurang beradab seperti 'kau' dan 'aku'.
- Netizen setuju bahawa penggunaan bahasa sopan perlu diamalkan terutama ketika berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.
Pelakon, Nourul Depp mengakui dirinya amat mementingkan adab dalam berkomunikasi walaupun di media sosial seperti Threads.
Menerusi perkongsian di platform berkenaan, Nourul berkata dia menghargai kebanyakan pengguna platform itu yang masih berinteraksi dengan penuh sopan santun.
Namun, kata Nourul, masih terdapat segelintir individu yang tidak dikenalinya bertegur sapa dengan menggunakan ‘kau’ dan ‘aku’ ketika berkomunikasi.
“Semenjak di thread ni, ramai yang berbahasa dan penuh sopan. Ada juga yang lain tu tak kenal dan tak pernah bertegur tiba-tiba menggunakan ‘kau aku’, kongsinya.

Nourul bagaimanapun berkata dia mengambil tindakan untuk menyekat atau pun ‘block’ akaun yang dianggap tidak beradap.
“Call me an old fashion but adab adalah segalanya. Saya block orang yang tak beradab,” tulisnya.
Hantaran Nourul itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa penggunaan bahasa sopan dan berhemah wajar dipraktikkan ketika berinteraksi lebih-lebih lagi dengan individu yang tidak dikenali.