Skip to main content

Berita Antarabangsa

Novelis Horror Jepun, Ring, Koji Suzuki Meninggal Dunia

Astro Gempak koji

Sekilas

  • Koji Suzuki, novelis seram terkenal Jepun yang dikenali sebagai Stephen King of Japan, meninggal dunia pada usia 68 tahun.
  • Beliau terkenal dengan novel Ring yang diadaptasi ke dalam filem Jepun dan Hollywood serta mendapat sambutan hangat sejak 1991.
  • Walaupun terkenal dengan karya seram, Suzuki pernah mengaku tidak berminat dengan cerita supernatural dan naskhah seram.
Advertisement

Novelis seram terkenal Jepun yang juga diberi julukan Stephen King of Japan, Koji Suzuki dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Suzuki yang merupakan novelis kisah seram Ring yang menjadi terkenal selepas diadaptasi ke dalam versi filem baik di Jepun atau Hollywood, meninggal dunia pada usia 68 tahun.

Advertisement

Kematiannya diumumkan penerbitnya, Kadokawa. Menerusi pengumaman yang disampaikan, Suzuki menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Jepun, namun punca kematiannya tidak didedahkan, lapor The New York Times.

Menerusi satu temu bual bersama media sama pada 2004, Suzuki mengaku tidak pernah berminat dengan penceritaan berbentuk seram.

“Sebenarnya saya langsung tidak berminat dengan hal-hal berkaitan super natural. Saya juga tidak suka menulis naskhah seram,” ujarnya.

Namun, menerusi Ring yang ditulis pada tahun 1991 telah menjadikan Suzuki terkenal. Naskhah tersebut terjual sebanyak tiga juta di Jepun. Selain Ring, dia juga melahirkan novel Spiral pada tahun 1995 dan Loop 1998  yang tidak kurang mendapat sambutan hangat.

Populariti Ring telah membuat ia diadaptasi produksi Hollywood pada tahuh 2002. Selain itu, Ring juga diterbitkan dalam bentuk drama bersiri serta permainan video.

Adegan yang menjadi sangat ikonik dalam Ring adalah sewaktu hantu perempuan keluar merangkak daripada skrin televisyen.

Anda mungkin berminat dengan

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

NIKO Magic Water Book Painting

NIKO Magic Water Book Painting

Must Watch Video

Advertisement