Skip to main content

Selebriti

Nubhan Hadir Ke Mahkamah Bagi Prosiding Komital Terhadap Dr Fie, Doa Segalanya Dipermudah - “Saya Cuma Harapkan Yang Terbaik”

Nubhan mahkamah

Sekilas

  • Penyanyi Nubhan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk prosiding komital berkaitan pelanggaran perintah mahkamah yang difailkan oleh bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek.
  • Perincian lanjut mengenai bentuk pelanggaran perintah mahkamah tersebut masih belum didedahkan kepada umum.
  • Nubhan dan Dr. Fie disahkan sah bercerai selepas lafaz talak kedua yang dibuat pada 26 Ogos lalu diiktiraf oleh Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Advertisement

Penyanyi, Nubhan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa bagi prosiding komital berkenaan pelanggaran perintah mahkamah yang difailkan terhadap bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek.

Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Ahamad yang tiba di perkarangan mahkamah sekitar 9.20 pagi mengharapkan segala urusan dipermudahkan.

Advertisement

“Hari ini adalah prosiding komital berkenaan pelanggaran perintah mahkamah.

“Saya cuma harapkan yang terbaik dan doakanlah yang baik-baik saja, insya-Allah,” katanya kepada Gempak.

Walau bagaimanapun, perincian lanjut mengenai bentuk pelanggaran perintah mahkamah itu belum didedahkan.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Anda mungkin berminat dengan

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement