Kontroversi rumah tangga penyanyi Nubhan dengan isterinya iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.
Advertisement
Terbaharu, perkongsian Nubhan menerusi laman Instastory miliknya menarik perhatian apabila penyanyi itu hanya menulis nama selebriti antarabangsa iaitu Amber Heard.
Biarpun tidak menyatakan sebarang penjelasan, bagaimanapun perkongsian Nubhan itu menjadi tular di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
“Laki kalau jenis perli merentan ini nampak buruk beno. Nasib la bini dia berpelajaran dan kerjaya sendiri. Harap bini dia tak kembali dengan dia, dah macam-macam dia cuba untuk gambarkan isteri dia tidak baik.
“Ala tengok saja video dia prank bini dia kereta hilang menjerkah, tunjal kepala, maki hamun macam itu, jadi sekarang siapa Amber Heard?
“Malas nak campur isu rumah tangga orang tapi kalau dah duk hint macam ini kat laman sosial, haih. Tak kisah la siapa betul siapa salah, tapi bila kau buka aib pasangan. kau kat media sosial memang terus nampak buruk ya lagi-lagi artis orang ada nama dan dikenali ini.
“Dia nak acah-acah dia macam Johnny Depp ke?” komen netizen.
Untuk info, Nubhan telah memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.