Skip to main content

Selebriti

Nur Shahida Bimbang Sikap Remaja Makin Hilang Rasa Hormat - “Dulu Cikgu Tegas, Mak Ayah Pun Tegas…”

Nur Shahida Bimbang Sikap Remaja Makin Hilang Rasa Hormat - “Dulu Cikgu Tegas, Mak Ayah Pun Tegas…”

Sekilas

  • Datin Seri Nur Shahida meluahkan kebimbangan terhadap perubahan akhlak segelintir remaja masa kini yang semakin membimbangkan.
  • Shahida menegaskan bahawa guru dan ibu bapa kini serba salah untuk bersikap tegas dalam mendidik anak-anak.
  • Shahida menegaskan bahawa sikap takut menegur boleh menyebabkan anak-anak hilang batas pergaulan, adab, dan rasa hormat.
Advertisement

Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida meluahkan rasa bimbang terhadap perubahan akhlak segelintir remaja masa kini.

Menerusi perkongsian di Threads, Shahida berpendapat, keadaan tersebut turut berkait dengan pendekatan masyarakat dalam mendidik generasi muda, khususnya apabila guru dan ibu bapa kini dilihat serba salah untuk bersikap tegas.

Advertisement

“Akhlak sesetengah remaja sekarang makin membimbangkan. Dulu cikgu tegas, mak ayah pun tegas.

“Salah tetap salah, dan kita diajar menerima teguran serta akibat.

“Sekarang cikgu nak tegas serba salah, ibu bapa nak marah pun takut jadi isu,” luahnya.



Kata Shahida lagi, sikap terlalu takut untuk menegur atau mengenakan tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh mereka boleh menyebabkan anak-anak semakin sukar memahami batas pergaulan serta kepentingan menghormati orang lain.

“Jangan salahkan anak-anak semata-mata. Kadang-kadang sistem dan masyarakat kita sendiri terlalu takut untuk mendidik, sampai anak-anak semakin hilang batas, adab dan rasa hormat,” coretnya.

Anda mungkin berminat dengan

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement