Skip to main content

Selebriti

Oddah Kuat Berdepan Kecaman, Ibu Jadi Inspirasi - “She’s A Really Strong Woman, Sejenis Tenang…”

Oddah Kuat Berdepan Kecaman, Ibu Jadi Inspirasi

Sekilas

  • Auddra Zulkifli atau Oddah kagum dengan ketabahan dan sikap positif ibunya, Sharifah Shahirah, dalam menghadapi komen negatif netizen.
  • Walaupun terasa sakit hati dengan kecaman, Oddah juga ada tersenyum dengan komen yang lucu dan tidak membiarkan kritikan menghalang semangatnya.
  • Oddah dan rakan-rakannya dalam Trio Mut tetap terus berkarya walaupun dikritik, dan tidak mahu kecaman mengganggu persahabatan mereka.

Anak pelakon dan pengacara terkenal, Sharifah Shahirah iaitu Auddra Zulkifli meluahkan rasa kagum terhadap kekuatan dan ketabahan ibunya dalam berdepan komen serta kritikan netizen.

Menurut Auddra atau lebih mesra dengan panggilan Oddah, dia melihat ibunya sebagai seorang wanita yang sangat cekal dan sentiasa positif.

“Ibu saya seorang wanita yang sangat kuat, dia benar-benar baik dan sangat rajin. Alhamdulillah, saya bersyukur memiliki ibu seperti dia.

“Sebab dia jenis ibu yang tenang, macam… tak mengapa apa sahaja yang orang kata, hanya abaikan sahaja apa-apa yang mereka cakap,” ujarnya kepada Gempak.


Mengulas lanjut mengenai komen negatif, Oddah berkata walaupun mengagumi ketabahan ibunya, namun dia akui tidak terlepas daripada rasa terluka apabila berhadapan dengan kecaman.

Namun dalam masa sama, Odda mengakui ada sesetengah komen yang membuatkannya tersenyum dan berasa lucu.

“Kadang-kadang memang terasa sebab setiap komen yang orang berikan pasti menyakitkan. Mana mungkin tak ada rasa sakit, semua orang pun ada, terutamanya komen-komen kecil pun boleh terasa.

“Sebab kita semua manusia biasa, ada hati dan perasaan. Tapi ada masanya ada komen yang buat saya rasa lucu,” ulasnya.

Walaupun begitu, dia tidak menjadikan kecaman tersebut sebagai halangan untuk terus berkarya bersama rakan-rakannya iaitu Hadie dan Ammar yang digelar sebagai Trio Mut.

“Saya sendiri pun terfikir yang sebenarnya tidak berapa kisah tentang komen mereka terhadap saya sebab saya tahu mereka adalah golongan dewasa yang kecam budak.

“Tapi tak mengapa kalau itulah yang mereka suka, kecam kami, tak apalah, kami tak kisah sebab itu tidak akan menghalang kami untuk membuat konten.

“Hanya disebabkan orang orang luar yang tak faham cita cita kami (Trio Mut), tiba tiba dia nak kecam kami, itu tidak akan membuatkan kami berhenti dari berkawan, pada saya sikap itu tidak matang,” jelasnya.

Saksikan temu bual penuh bersama Oddah menerusi video di atas:

Must-Watch Video

Advertisement