Skip to main content

Hiburan

Organ Dalaman Semakin Lemah, Along Eyzendy Kritikal

Along Eyzendy

Sekilas

  • Keadaan kesihatan pelakon Along Eyzendy semakin kritikal apabila organ dalamannya dilaporkan semakin lemah.
  • Doktor sudah tidak memberikan respons kecemasan dan meminta orang ramai mendoakan serta reda dengan apa jua yang berlaku.
  • Along kini dirawat di Hospital Serdang selepas ditidurkan di ICU akibat pendarahan serius dalam perut, namun punca sebenar masih belum dikenal pasti.

Keadaan kesihatan pelakon, Along Eyzendy dilaporkan semakin kritikal apabila organ dalamannya difahamkan semakin lemah.

Berita itu dikongsikan rakannya yang juga pelakon, Zalif Sidek menerusi hantaran di Instagram (IG) selepas menerima perkhabaran tersebut daripada adik Along.

"Sekarang doktor dah tak bagi lagi untuk emergency respons kalau apa-apa terjadi sebab organ dalaman Along dah tak kuat. 

"Sekarang ini doktor minta kita doakan dan reda apa-apa terjadi dekat Along. 

"Pasukan perubatan sudah buat yang terbaik," kongsinya. 

Menerusi hantaran yang sama, Zalif memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat Along.

"Mohon semua berdoa untuk sahabat kita Along semoga dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. 

"Kepada sahabat dan kenalan yang ingin melawat Aling boleh ke Hospital Serdang," ujarnya.

Terdahulu, Along dilaporkan semakin kritikal selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada Khamis.

Menurut isteri kepada Along iaitu Hamidah Mohd Yatim, keputusan untuk menidurkan suaminya dibuat susulan pendarahan serius dalam perut.

Walau bagaimanapun, doktor masih masih belum mengenal pasti punca sebenar masalah tersebut berlaku. 

Sumber: Instagram Zalif Sidek

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement