Sekilas
- Niel Rafeq, pembantu peribadi Bella Astillah, mengingatkan penerima kad jemputan supaya tidak mendedahkan butiran terperinci majlis di media sosial.
- Beliau menasihatkan agar hanya gambar bahagian depan kad jemputan dikongsi tanpa mendedahkan maklumat lain demi menjaga privasi penganjur.
- Peringatan ini dibuat untuk memastikan maklumat majlis kekal terjaga dan tidak tersebar secara berlebihan sebelum waktunya.
Pembantu peribadi penyanyi dan pelakon Bella Astillah, Niel Rafeq memberi peringatan kepada orang ramai yang menerima kad jemputan supaya tidak mendedahkan butiran terperinci berkaitan majlis berkenaan di media sosial.
Menerusi Threads, Niel meminta penerima jemputan menggunakan pertimbangan sewajarnya demi menjaga privasi pihak yang menjemput.
“Hi semua. Sedikit reminder untuk yang dah terima kad jemputan, mohon common sense untuk jaga privacy beberapa details ya,” tulisnya.
Menurut Niel, sekiranya penerima mahu berkongsi mengenai jemputan tersebut, mereka hanya disarankan memuat naik bahagian hadapan kad tanpa mendedahkan maklumat lain.
“Kalau nak post, boleh share gambar depan kad sahaja. Cuma mohon jasa baik jangan reveal secara details.
“Kita hormati majlis orang yang menjemput. Terima kasih atas kerjasama semua,” katanya.

Peringatan tersebut dipercayai dibuat bagi memastikan maklumat berkaitan majlis kekal terjaga serta tidak tersebar secara berlebihan sebelum waktunya.
Sumber: Threads