Skip to main content

Selebriti

Pablo Amirul Syukur Dah Jadi Suami Dr Hana, Sedia Galas Tanggungjawab Sebagai Bapa Tiri - “Setiap Hari Saya Doa Nak Ada Keluarga Sendiri”

Pablo Hana kahwin

Sekilas

  • Pelakon Pablo Amirul kini sah bergelar suami kepada Dr Hana Rose, yang sebelum ini merupakan ibu tunggal.
  • Pablo menerima tanggungjawab sebagai bapa tiri dan bersyukur dengan rezeki serta perubahan dalam hidupnya.
  • Majlis pernikahan mereka berlangsung di The Dove Kuala Lumpur dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai.

Pelakon Pablo Amirul melahirkan rasa syukur apabila selamat bergelar suami kepada Dr Hana Rose yang sebelum ini memegang status sebagai ibu tunggal.

Menurut Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 41, dia reda dengan setiap aturan yang telah ditetapkan oleh Allah dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai bapa tiri.

“Sudah tertulis jodoh saya dengan Dr Hana. Seperti pasangan lain yang baru berkahwin, saya terima aturan yang ditetapkan oleh Allah.

“Kalau memang takdir saya menjadi seorang bapa (bapa tiri), saya terima.

“Setiap hari saya berdoa nak ada keluarga sendiri. Ini pun rezeki (anak tiri) dan menerima perubahan dalam fasa kehidupan saya,” katanya ketika ditemui Gempak.

Mengulas mengenai perkahwinannya, Pablo tidak dapat menahan sebak mengenangkan pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh sebelum disatukan sebagai suami isteri.

“Saya menitiskan air mata kerana mengenangkan halangan yang perlu ditempuh sebelum majlis pernikahan ini.

“Alhamdulillah jodoh sudah tertulis kami disatukan (nikah) hari ini. Akhirnya saya kini bergelar suami orang.

“Tangisan ini adalah tanda kegembiraan dan bersyukur kerana Allah beri jodoh yang baik,” ujarnya.

Terdahulu, Pablo Amirul sah bergelar suami kepada Dr Hana Rose dengan sekali lafaz kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Majlis pernikahan pasangan ini diraikan bersama keluarga dan sahabat handai di The Dove Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement