Skip to main content

Hiburan

Pasangan Pertama Nikah Di Merdeka 118 Precinct, Bella & Syed Saddiq Bakal Tampil Dalam 8 Episod Eksklusif Astro

Pasangan Pertama Nikah Di Merdeka 118 Precinct, Bella & Syed Saddiq Bakal Tampil Dalam 8 Episod Eksklusif Astro

Sekilas

  • Bella Astillah dan Syed Saddiq akan mengadakan majlis pernikahan pertama di Merdeka 118 Precinct yang akan disiarkan secara langsung di Astro Ria.
  • Perjalanan cinta mereka akan dipaparkan dalam lapan episod eksklusif program Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq bermula 6 Oktober 2026.
  • Majlis pernikahan dan program berkaitan boleh distrim melalui Astro Ria, Astro Prima, Astro Awani, Sooka, Astro GO serta platform media sosial Astro Malaysia dan Astro Gempak.
Advertisement

Pasangan, Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal mencipta momen istimewa apabila majlis pernikahan mereka menjadi yang pertama diadakan di Merdeka 118 Precinct.

Naib Presiden Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, kisah pasangan tersebut turut akan dipaparkan menerusi lapan episod eksklusif program Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq yang akan membawa penonton menyelami perjalanan cinta mereka.

Advertisement

Menurut Raqim, program tersebut akan memaparkan kisah bagaimana Bella dan Syed Saddiq bertemu, momen-momen manis sepanjang hubungan mereka serta luahan perasaan kedua-duanya menjelang hari bahagia.

“Menariknya untuk Walimatulurus Bella Astillah dan juga YB Syed Saddiq, kita akan dapat melihat lapan episod eksklusif di mana kita akan menampilkan kisah-kisah dan momen-momen manis di antara pasangan ini.

“Bagaimana mereka berjumpa, bagaimana mereka luahkan perasaan masing-masing dan juga majlis pernikahan nanti yang akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria.

“Dan menariknya, pada majlis nikah itu nanti, pasangan ini merupakan pasangan yang pertama yang akan mengadakan majlis pernikahan mereka di Merdeka 118 Precinct,” katanya.

Dalam pada itu, Raqim turut menzahirkan penghargaan kepada pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) atas kerjasama promosi yang dijalinkan bagi merealisasikan impian pasangan berkenaan untuk melangsungkan pernikahan di lokasi tersebut.

“Dan kami juga sangat berterima kasih kepada pihak PNB untuk promotional collaboration antara kami dengan pihak mereka untuk merealisasikan impian pasangan ini untuk melangsungkan pernikahan mereka di sana,” tambahnya.

Advertisement

Sementara itu, Syed Saddiq pula menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tampil bekerjasama dalam menjayakan majlis perkahwinan mereka, khususnya penganjuran Kenduri Rakyat.

Menurutnya, dia mahu memastikan setiap pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan mendapat manfaat dan segala sumber yang diberikan dapat digunakan sebaik mungkin.

“Jujurnya saya terhutang budi kepada semua yang ingin bekerjasama dan kami akan pastikan they are not here to waste their time and resources. Saya beri contoh, tadi saya dah kongsikan sedikitlah, sebab saya memang nak pastikan kenduri rakyat ni dapat diuruskan dengan baik sebab ini cara terbaik kita nak mengembalikan hari kebahagiaan ini kepada orang ramai di luar sana.

“Dan terima kasih atas kerjasama dengan Jasmine. Puluhan ribu kilogram, saya rasa tak pernah ada beri banyak jenis bantuan dekat Muar, tapi untuk puluhan ribu kilogram semua barang-barang asas ini dapat diberikan sebagai hadiah untuk majlis perkahwinan itu agak unik dan agak luar biasa juga.

“I really would like to thank them. Saya tahu kosnya bukan kecil, hanya untuk puluhan ribu kilogram ini I think at least is RM300,000. Orang lain mungkin nak minta cash atau duit, tapi kalau kita dapat meringankan beban walaupun satu keluarga sambil mereka berkongsikan kebahagiaan kami... Ya, it is truly exceptional,” tambahnya.

kisah pasangan romantis ini boleh disaksikan menerusi Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq bermula 6 Oktober 2026, setiap Selasa, jam 11 malam di Astro Ria (Saluran 104).

Program berkenaan turut boleh distrim secara On Demand menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda juga boleh menyaksikan majlis akad nikah Bella dan Syed Saddiq disiarkan secara langsung pada 10 Oktober 2026, Sabtu, jam 9 pagi.

Siaran langsung itu boleh ditonton menerusi Astro Ria (Saluran 104), Astro Prima (Saluran 105), Astro Awani (Saluran 501), Sooka dan Astro GO, selain platform media sosial Astro Malaysia serta Astro Gempak.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement