Pelakon, Idan Aedan menghadiri Busan International Film Festival (BIFF) 2025 di Korea Selatan bagi mewakili filem terbaharu lakonannya, The Fox King.
Momen manis itu dikongsi oleh Idan yang juga merupakan pelakon filem Abah Saya Uncle Mike menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Advertisement
Selain Idan, turut hadir bersama adalah pelakon terkenal Indonesia iaitu Dian Sastrowardoyo dan Hadi Putra.
Untuk info, The Fox King merupakan hasil kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia arahan pengarah prolifik, Woo Ming Jin.
Filem yang mengetengahkan tema persaudaraan, kehilangan dan pencarian kasih sayang itu turut mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Dana Filem Cereka 2023 bernilai RM1 juta serta Dana Penyertaan dan Promosi Antarabangsa 2025 berjumlah RM50,000.
Dalam pada itu, Idan juga membintangi filem Abah Saya Uncle Mike yang sudah ditayangkan di pawagam sejak 28 Ogos lalu.
Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Etika Sdn. Bhd. itu diadaptasi daripada kisah benar bagaimana seorang lelaki berketurunan Tionghua, Michael Tong Wai Siong atau Uncle Mike membesarkan tiga anak yatim piatu Melayu sejak kecil dengan penuh kasih sayang.
Dedikasi dan pengorbanan Uncle Mike turut mendapat pengiktirafan apabila beliau menerima Anugerah Maulidur Rasul 2024 daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Abah Saya Uncle Mike menampilkan barisan pelakon seperti Andy Teh, Merah Muhaimin, Umar Shakur, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah serta Mandy Chong