Skip to main content
Advertisement

Viral

Pelakon Banyak Songeh, Tak Boleh Outstation Ke Pahang... Jaja Ishak; "Kami Pun Ada Bajet & Had Tertentu"

Astro Gempak jaja pelakon

Sekilas

  • Penerbit Jaja Ishak kurang gemar bekerjasama dengan pelakon yang meletakkan banyak syarat sehingga menyukarkan produksi drama.
  • Jaja menegaskan bajet produksi terhad dan lokasi penggambaran utama di Pahang dipilih untuk menonjolkan keindahan negeri tersebut.
  • Jaja bakal memulakan penggambaran drama baharu berjudul Sepenuh Hati Rindu pada 21 Jun depan.
Advertisement

Penerbit Jaja Ishak mengakui dia kurang gemar bekerjasama dengan segelintir pelakon yang meletakkan terlalu banyak syarat sehingga menyukarkan urusan produksi drama.

Menurut pemilik rumah produksi Jaja Ishak Channel itu, setiap produksi mempunyai bajet dan kemampuan tersendiri, justeru pihaknya perlu bersikap adil terhadap keseluruhan pasukan termasuk kru belakang tabir, bukan hanya memenuhi kehendak artis semata-mata.

Advertisement

“Kami sebagai pihak produksi pun ada bajet dan had tertentu. Kalau ada artis yang terlalu banyak terma dan syarat, saya memang kurang berminat nak ambil.

“Ada artis yang meletakkan harga terlalu tinggi hingga di luar kemampuan produksi. Kita pula buat drama biasa, bukan premium series atau OTT, jadi semuanya kena ikut bajet yang ada,” katanya.

Menurut Jaja, antara cabaran lain yang sering berlaku adalah apabila ada pelakon enggan menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur sedangkan syarikat produksinya banyak menjalankan penggambaran di Pahang.

“Syarikat kami memang banyak buat penggambaran di Pahang sebab kami berasal dari sana. Jadi outstation memang wajib.

“Ada artis yang tak boleh outstation, jadi kami tak boleh bekerjasama dengan mereka. Tak ada masalah pun sebenarnya, mereka ada pilihan sendiri dan kami pun ada keperluan produksi sendiri,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Jaja berkata pemilihan lokasi di Pahang dibuat kerana mahu mengetengahkan keindahan negeri tersebut yang jarang dipaparkan dalam drama tempatan.

“Kita ada gunung, sungai, pulau dan banyak lokasi menarik di Pahang. Jadi saya memang suka highlight tempat-tempat menarik yang jarang dipaparkan dalam drama lain,” katanya.

Terdahulu, Jaja turut berkongsi di Threads mengenai cabaran sebenar yang perlu ditanggung pihak produksi termasuk pembayaran gaji pekerja, operasi pejabat, caruman KWSP dan PERKESO selain memastikan proses penggambaran berjalan lancar.

Dalam perkembangan lain, Jaja bakal tampil dengan drama baharu berjudul Sepenuh Hati Rindu yang dijadual memulakan penggambaran pada 21 Jun depan.

Anda mungkin berminat dengan

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Must Watch Video

Advertisement