Skip to main content

Indonesia

Pelakon Dakwa ‘Disukai’ Makhluk Halus, Tim Produksi Nampak ‘Pendamping’ Semasa Penggambaran

Astro Gempak ammara

Sekilas

  • Pelakon Amara Sophie mengalami gangguan makhluk halus sepanjang penggambaran filem seram Aku Harus Mati di Yogyakarta.
  • Amara sering diganggu makhluk halus sejak kecil dan mengalami kejadian misteri seperti lebam dan pintu bilik ditolak tanpa sebab.
  • Beberapa kru dan penjaga hal ghaib turut melihat Amara didampingi makhluk halus, menyebabkan dia dijaga sepanjang penggambaran.
Advertisement

Pelakon Amara Sophie mendakwa dirinya mengalami kejadian aneh dan menerima gangguan makhluk halus sepanjang terlibat dengan penggambaran filem seram, Aku Harus Mati.

Amara  mendakwa bukan hanya menerima gangguan di lokasi penggambaran yang berlangsung di Yogyakarta, sebaliknya ‘hantu’ turut menganggu dirinya di tempat dirinya menginap.

Advertisement

Meski mengaku seram dengan kejadian misteri yang dilalui termasuk mengalami lebam secara misteri pada bahagian badan, Sophi mendakwa ia bukan insiden pertama yang berlaku terhadapnya.

Bintang berusia 22 tahun ini mendakwa dirinya memang sering diganggu makhluk halus sepanjang hidup.

“Sebenarnya memang sebelum mengalami kejadian misteri sepanjang penggambaran filem ini, saya selalu diikuti dan diganggu makhluk halus.

“Selepas habis penggambaran, saya juga berusaha untuk tidak memikir pengalaman diganggu. Tapi memang ada kejadian misteri diganggu makhluk halus dan misteri seperti pintu bilik ditolak dengan kuat sedangkan tidak ada sesiapa termasuk binatang di luar,” katanya seperti dilaporkan Liputan6.

Amara juga mengatakan dirinya sering mengalami fenomena mimpi yang sangat aneh dan tidak pernah dirasakan sebelum ini.

Menurutnya di dalam mimpi, dia seperti sedang diperhatikan dalam sebuah ‘rakaman ghaib’ yang sangat menganggu sehingga pada saat bangun, dirinya mengalami luka dan lebam di beberapa bahagian kaki.

“Dalam mimpi saya melihat diri sedang tidur dengan makhluk-makhluk yang tidak dikenali,” dakwanya lagi.

Lebih parah, Amara mengatakan beberapa kru penggambaran dan pihak yang ditugaskan menjaga ‘hal-hal ghaib’ di lokasi juga sering melihat dirinya didampingi makhluk halus.

“Jadi ada orang yang akan jaga saya sepanjang penggambaran supaya tidak berlaku hal-hal yang lebih buruk,” tutupnya.

Anda mungkin berminat dengan

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Must Watch Video

Advertisement