Sekilas
- Pelakon Korea Selatan, Kim Yong Ji, mengumumkan dirinya sudah sah bergelar isteri selepas melangsungkan perkahwinan pada 11 Oktober lalu.
- Berita gembira itu dikongsi melalui Instagram dengan foto-foto indah sekitar majlis perkahwinannya.
- Kim Yong Ji mula dikenali sejak 2015 sebagai model dan semakin popular menerusi drama seperti Mr. Sunshine dan Tale of the Nine Tailed.
Pelakon Korea Selatan, Kim Yong Ji mendedahkan dirinya kini sah bergelar isteri selepas melangsungkan perkahwinan pada 11 Oktober lalu.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oley Yong Ji menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Istimewanya lagi, hantaran itu juga turut disertakan dengan foto-foto indah sekitar majlis perkahwinannya.
“Saya kini secara rasminya sudah berkahwin. Terima kasih atas semua ucapan tahniah,” tulisnya ringkas.

Menerusi foto yang dikongsikan, Yong Ji kelihatan anggun dalam persalinan gaun pengantin dengan rekaan unik ketika meraikan hari bahagianya.
Untuk rekod, Kim Yong Ji memulakan kerjayanya sebagai model bebas pada 2015 sebelum mula meraih perhatian menerusi lakonannya dalam drama tvN, Mr. Sunshine pada 2018.
Namanya semakin dikenali selepas membintangi drama Tale of the Nine Tailed dan sekuelnya, Tale of the Nine Tailed 1938.