Skip to main content

Kpop

Pelakon Korea Ambil Keputusan Tinggalkan Dunia Lakonan, Nekad Jadi Anggota Bomba - “Sebabnya Mudah, Saya Mahu…”

Ahn Chang Hyun jadi bomba

Sekilas

  • Pelakon Korea, Ahn Chang Hyun, mengumumkan persaraannya dari dunia lakonan untuk memberi tumpuan menjadi anggota bomba.
  • Keputusan itu dibuat atas keinginan mendalamnya untuk membantu dan menyelamatkan nyawa orang ramai.
  • Chang Hyun pernah membintangi beberapa drama seperti Long-Distance Relationship Trap dan The Kidnapping Day sepanjang kerjayanya.

Pelakon Korea, Ahn Chang Hyun mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik, Chang Hyun memaklumkan bahawa dia telah membuat keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon bagi memberi tumpuan untuk menjadi anggota penyelamat iaitu Bomba.

“Walaupun mungkin tidak ramai yang ingin tahu, saya mahu menjelaskan perkara ini dengan jelas dengan kenyataan ini.

“Saya mengambil keputusan untuk berhenti menjadi pelakon dan merancang untuk menjadi seorang anggota bomba yang menyelamatkan nyawa orang ramai,” katanya.

Tambahnya lagi, keputusan tersebut dilakukan bukan kerana faktor lain, sebaliknya lahir daripada keinginan mendalam untuk membantu dan menyelamatkan manusia.

“Sebabnya mudah, saya mahu menyelamatkan orang. Saya akan terus mencuba sehingga berjaya,” ujarnya.

Untuk info, Chang Hyun yang dilahirkan pada tahun 1995 merupakan graduan Sekolah Tinggi Teknikal Cheonan.

Sepanjang karier seninya, dia pernah membintangi beberapa drama termasuk Long-Distance Relationship Trap, The Kidnapping Day dan Ms. Incognito.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement