Skip to main content

Hiburan

Pelakon Meninggal Dunia Lepas Pengsan Sewaktu Siaran Langsung di TikTok

Astrogempak PELAKON

Sekilas

  • Pelakon sinetron Indonesia, Icuk Nugroho, meninggal dunia selepas pengsan semasa siaran langsung di TikTok dan menerima rawatan di hospital selama beberapa hari.
  • Icuk, yang berusia 50 tahun, dikatakan mengalami sakit jantung dan strok sebelum meninggal dunia, namun punca sebenar kematian masih tidak diketahui.
  • Beliau terkenal dengan watak Saep Copet dalam Preman Pensiun dan pernah terlibat dalam beberapa projek lain seperti KNK: Santa Claus dari Jakarta? dan Orang Dalam.
Advertisement

Seorang pelakon sinetron terkenal Indonesia, Preman Pensiun disahkan meninggal dunia selepas pengsan saat melakukan siaran langsung di TikTok.

Icuk Nugroho yang meninggal dunia pada 20 Jun sebelum itu sempat pengsan sewaktu bersiaran langsung sebelum dibawa ke hospital. Allahyarham bagaimanapun meninggal dunia selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital, lapor Kompas.

Advertisement

Icuk didakwa koma sebelum menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun. Bagaimanapun punca sebenar kematian Icuk tidak diketahui. Seorang sahabatnya, Dihaw Ableh memberitahu: “Kronologinya tidak jelas.

“Yang saya tahu dia pengsan lalu dilarikan ke rumah sakit. Kemudian sempat disahkan ada sakit jantung lalu kena stroke juga.”

Icuk membawa watak pencuri bernama Saep Copet dalam sinetron tersebut. Sebelum ini, sudah ada beberapa pelakon Preman Pensiun yang meninggal dunia. Mereka termasuklah  Didi Petet, Epy Kusnandar, Firmansyah Pitra sehingga Muhammad Jamasari.

Selain Preman Pensiun, Icuk juga pernah terlibat dalam sejumlah projek lain seperti KNK: Santa Claus dari Jakarta?, Ajojing: Anang - Jojo - Iing dan Orang Dalam.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement