Skip to main content

Antarabangsa

Pelakon Popular Xu Peng Kini Jual Sayur Sebab AI, Peminat Datang Pasar Bergambar

ASTRO GEMPAK Xu Peng

Sekilas

  • Pelakon China, Xu Peng, kehilangan pekerjaan dalam industri drama pendek akibat penggunaan teknologi AI yang menggantikan pelakon manusia.
  • Xu Peng kini membantu datuknya berniaga sayur di kampung selepas meninggalkan Hengdian, pusat industri filem China.
  • Penggunaan AI dalam industri drama pendek menyebabkan hampir dua juta peluang pekerjaan terjejas dan menurunkan bayaran pelakon secara drastik.
Advertisement

Seorang pelakon terkenal China, Xu Peng harus menelan pil pahit akibat perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin memberi kesan kepada pelbagai bidang pekerjaan, termasuk industri hiburan.

Xu Peng, 30, yang sebelum ini cukup terkenal dalam industri drama pendek di China kini mula hilang pekerjaan apabila produksi tidak lagi memerlukan tenaga manusia atau pelakon sepertinya dalam naskhah mereka.

Advertisement

Khidmat pelakon seperti Xu Peng yang sebelum ini cukup popular dengan watak ‘CEO sombong’ telah digantikan dengan AI.

Graduan Akademi Drama Pusat China itu kini menjadi penjual sayur kerana tiada tawaran berlakon, lapor CNA Lifestyle.

Menurut laporan sama,selepas  menamatkan penggambaran drama terakhirnya pada awal tahun ini, pelakon itu mengemas barang dan meninggalkan Hengdian di Wilayah Zhejiang, lokasi yang dikenali sebagai pusat industri filem dan televisyen China, sebelum pulang ke kampung halamannya di luar bandar Shandong.

Xu Peng kemudian dilaporkan membantu datuknya berniaga sayur di pasar tempatan sehingga menarik perhatian peminat yang datang semata-mata untuk bergambar dengannya.

"Menjadi pelakon hanyalah satu pekerjaan. Kalau tiada lagi tawaran berlakon, saya akan cari cara lain untuk mencari rezeki. Selagi saya memperoleh pendapatan melalui usaha yang jujur, tiada halangan yang saya tidak mampu tempuhi.

"Walaupun pekerjaan saya berubah, saya masih orang yang sama," ujarnya.

Pada zaman kegemilangannya, khidmat Xu Peng menjadi rebutan para penerbit. Dia dikatakann menjalani penggambaran sehingga 15 hingga 16 jam sehari dengan jadual yang padat.

Xu Peng bukan satu-satunya pelakon yang terkesan dengan kebangkitan AI dalam industri drama pendek. Laporan terkini mendedahkan hampir dua juta peluang pekerjaan dalam industri drama pendek di China terjejas akibat penggunaan AI secara meluas.

Malah, pelakon utama yang suatu ketika dahulu mampu memperoleh sehingga 20,000 yuan (sekitar RM11,800) sehari kini dilaporkan sukar mendapat tawaran, dengan bayaran sekitar 1,200 yuan (kira-kira RM700) sehari.

Teknologi AI kini digunakan hampir di setiap peringkat pembikinan drama, termasuk penulisan skrip, pembinaan watak digital, sehinggalah proses suntingan. Disebabkan itu, sebuah drama pendek yang dihasilkan menggunakan AI boleh disiapkan hanya dalam beberapa hari dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding produksi menggunakan pelakon sebenar.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

NETFLIX Account 4K FIix Account Premium Plan V16.82

NETFLIX Account 4K FIix Account Premium Plan V16.82

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

Must Watch Video

Advertisement