Skip to main content

Hiburan

Pelakon Tak Muncul, Telefon Tak Berjawab… Michael Ang Faham Perasaan Fasha Sandha - “Kejap Lagi Aku Post Muka…”

Pelakon Tak Muncul, Telefon Tak Berjawab… Michael Ang Faham Perasaan Fasha Sandha - “Kejap Lagi Aku Post Muka…”

Sekilas

  • Michael Ang berkongsi rasa kecewa terhadap pelakon yang lewat hadir ke set penggambaran sehingga mengganggu jadual, terutama babak perkahwinan melibatkan 70 orang.
  • Kelewatan itu menyebabkan jadual pelakon utama terjejas kerana perlu dilepaskan pada pukul 6 petang, menimbulkan rasa geram Michael yang memahami perasaan Fasha Sandha.
  • Fasha sebelum ini juga pernah meluahkan kekecewaan terhadap pelakon yang lewat dan berharap semua pihak menghormati masa serta komitmen dalam produksi.
Advertisement

Pengarah dan penerbit Michael Ang memahami perasaan pelakon Fasha Sandha yang sebelum ini pernah meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pelakon yang tidak menghormati masa ketika berada di set penggambaran.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Michael meluahkan rasa geram apabila seorang pelakon didakwa gagal hadir mengikut waktu ditetapkan sehingga mengganggu perjalanan penggambaran.

Advertisement

Lebih mengecewakan, katanya, babak perkahwinan yang mahu dirakamkan membabitkan kira-kira 70 individu termasuk pelakon tambahan.

“I feel you (saya faham perasaan awak), Fasha Sandha. ‘Call time’ pukul 8 pagi. Pelakon tambahan dan pelakon semuanya 70 orang, babak kahwin!

“Dah pukul 10 pagi, pelakon tak boleh dihubungi, pengurus baru angkat telefon!

Advertisement

“Aku dah mula main Candy Crush!” katanya.

dcff

Menurut Michael, kelewatan tersebut turut memberi kesan terhadap jadual pelakon lain apabila aktor utama perlu dilepaskan pada pukul 6 petang.

“Hero pukul 6 petang kena ‘let go’ (dilepaskan)! Apa aku rasa sekarang?

“Aku dah mem-Fasha Sandha dah ini! Macam manalah Fasha hadap hampir setiap hari!

“Aku ini baru sehari sahaja dah ‘post-post’! Kejap lagi aku ‘post’ muka pelakon itu!” katanya.

Terdahulu, Fasha pernah meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pelakon yang didakwa sering datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga mengganggu jadual produksi.

Bagaimanapun, ketika itu Fasha memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu terbabit dan berharap teguran yang diberikan menerusi aplikasi WhatsApp sudah memadai untuk dijadikan pengajaran.

Fasha turut berharap perkara sama tidak berulang selain mahu semua pihak yang terlibat dalam sesebuah produksi menghormati masa serta komitmen antara satu sama lain.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

adidas Lifestyle Run 84 Shoes Men Beige JI4869

adidas Lifestyle Run 84 Shoes Men Beige JI4869

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Must Watch Video

Advertisement