Skip to main content

Hiburan

Pelakon Wanita Terlibat Kes Dadah Dah Minta Maaf Di Group WhatsApp, Salina Saibi Minta Doa - “Dia Budak Baik, Salah Pergaulan”

Astro Gempak 558

Sekilas

  • Pelakon Salina Saibi menerima permohonan maaf daripada pelakon wanita yang dikaitkan dengan kes penyalahgunaan dadah yang menyebabkan namanya turut terpalit.
  • Salina menegaskan bahawa dakwaan terhadapnya tidak benar dan meminta orang ramai menghormati proses siasatan tanpa membuat spekulasi.
  • Dia berkongsi kesan negatif yang dialami termasuk salah faham orang ramai dan mesej maaf daripada netizen yang tersalah tuduh.
Advertisement

Pelakon Salina Saibi memaklumkan pelakon wanita yang dikaitkan dengan kes penyalahgunaan dadah membabitkan drama kepolisan telah menghubunginya bagi memohon maaf susulan kekeliruan yang menyebabkan namanya turut terpalit.

Kongsi Salina, pelakon terbabit bukan sahaja meminta maaf kepadanya, malah turut memohon maaf kepada seluruh pasukan produksi kerana isu tersebut telah mencalarkan nama ramai pihak.

Difahamkan permohonan maaf itu dibuat menerusi mesej dalam kumpulan WhatsApp produksi.

“Kesian juga dia. Salah pergaulan. Dia budak yang baik, sopan dan lembut. Ya Allah, doakan dia berubah okey.

“Dia baik, keluarga pun baik-baik. Mak dia pula tak berapa sihat tengah sakit.

“Tapi dia bersalah atau tidak kena tunggu hasil siasatan dan tindakan mahkamah belum pasti semuanya lagi maka jangan kongsi.

Advertisement

"Jangan berani tulis post edarkan segala yang belum pasti,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, pelakon yang sinonim dengan watak ASP Salina dalam drama Gerak Khas itu mengakui masih terkesan apabila masih ada orang ramai menyangka dia merupakan individu yang ditahan.

“Semalam ada yang tegur saya dekat pusat beli-belah. ‘Eh dah keluar ke? Bukan dekat dalam ke?’

“Dia bergurau, tapi, kenapa? Sebab muka saya? Sebab saya nampak garang? Jangan nilai buku daripada kulitnya,” katanya.

Salina turut berkongsi menerima beberapa mesej peribadi daripada netizen yang tampil memohon maaf selepas menyedari mereka tersalah menuduhnya.

“Sayu betul. Sampai hati cakap saya macam muka ambil dadah.

“Terus ingat nak tuduh saya, kenapa tak ingat orang lain? Kenapa saya?

“Kesian juga anak saya. Kawan-kawan sekolah dan cikgu pun tanya, ‘Itu ibu awak ke?’

“Kalau saya memang terlibat, tak adalah saya bertahan 20 tahun dalam Gerak Khas. Kalau mendadah, dah lama Datuk Yusof Haslam buang saya.

“Dugaan betul kali ini. Nama naik sebab dadah dan dosa orang lain,” luahnya.

Terdahulu, Salina tampil menafikan dakwaan mengaitkan dirinya dengan kes seorang pelakon wanita drama kepolisan yang ditahan selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara.

Susulan itu, dia meminta orang ramai menghormati proses siasatan dan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.

Anda mungkin berminat dengan

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Wool and Silk Warm Thermal Wear Set for Women Men Heat Tech Inner Wear Fleece Long John Autumn Winter Thermal Underwear Cashmere Top and Pants

Wool and Silk Warm Thermal Wear Set for Women Men Heat Tech Inner Wear Fleece Long John Autumn Winter Thermal Underwear Cashmere Top and Pants

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

Must Watch Video

Advertisement