Sekilas
- Seorang pelanggan meluahkan tidak puas hati dengan kualiti doh piza dan kotak makanan yang diterima daripada pempengaruh pizza Wagyu, Jofliam.
- Kotak piza tersebut mempunyai lukisan marker yang dibuat secara spontan oleh anak Jofliam, menyebabkan rasa kurang selesa pelanggan.
- Netizen mengkritik Jofliam supaya lebih peka terhadap kualiti makanan dan kebersihan, terutama selepas beberapa kontroversi harga dan bahan piza sebelum ini.
Seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati dengan kualiti doh piza hasil air tangan pempengaruh dan usahawan pizza Wagyu iaitu Jofliam.
Menerusi perkongsian yang tular di platform Threads, pelanggan wanita itu memaklumkan bahawa kualiti doh piza tersebut tidak menepati standard seperti yang diperkatakan oleh Jofliam.

Malah, kata pelanggan wanita itu, selain daripada rasa piza, dia juga berasa kurang senang dengan kotak makanan yang diterimanya kerana terdapat contengan lukisan, atau ramai menggelarkannya sebagai sebagai ‘art berat’ yang dilukis dengan menggunakan marker pen.
“Saya lah customer malang yang dapat kotak lukisan art berat tu. Beli sebab fomo je, nak rasa dough dia. Tapi hmmm macam makan roti naan dekat mamak,” kongsinya.

Difahamkan lukisan dikotak berkenaan dilukis secara spontan oleh dua anak Jofliam iaitu Han dan Yuki bagi piza yang berharga RM10 pada hari tersebut.
“Tapi kotak pizza tu pizza yang RM10 tu je. What to expect sebab itu tadi saya kongsi rezeki dengan doggy,” tulisnya membalas komen netizen.
Hantaran itu juga turut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berpendapat Jofliam seharusnya lebih peka dengan kualiti makanan dan juga menjaga kebersihan kotak piza.
Antara komen yang diterima:



Sebelum ini, hidangan piza wagyu Jofliam mendapat kritikan kerana harganya dikatakan terlalu mahal untuk sebiji piza.
Malah Jofliam juga pernah dikatakan daging yang digunakan dalam hidangan piza wagyu keluarannya adalah daging batang pinang.
Bagaimanapun, Jofliam menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan setiap piza keluarannya menggunakan 100 peratus daging wagyu.