Sekilas
- Pelakon Nadia Brian mengakui hubungannya dengan bekas kekasih, Nedim, masih baik dan mereka kekal berkawan.
- Nadia terbuka untuk memberi peluang kedua dalam hubungan, termasuk kepada dirinya sendiri dan orang lain yang bujang.
- Dia menerima pelbagai pesanan daripada netizen mengenai kehidupan peribadinya dan menghargai pandangan yang positif.
Pelakon, Nadia Brian mengakui hubungannya bersama dengan bekas kekasih, Nedim dalam keadaan baik dan masih berkawan.
Menurut Nadia, dia tidak menolak sekiranya hubungan tersebut kembali ke fasa yang lebih serius pada masa akan datang, namun menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah.
“Tak adalah, kami kawan. Tapi kalau ada jodoh, adalah. Apa-apa pun, kita doa yang baik-baik. Insya-Allah.
“Apa-apa pun dalam hidup kita boleh bagi peluang untuk orang, kan? Sebab kita pun perlukan peluang juga. Jadi, insya-Allah,”
Nadia juga mengakui kini lebih terbuka untuk memberikan peluang kedua, bukan sahaja kepada orang lain tetapi juga kepada dirinya sendiri.
“Peluang kedua untuk berkawan pun tak salah. Saya rasa kita juga kena beri peluang kedua kepada diri sendiri. Kalau ada jodoh atau apa-apa, sudah tentu saya masih nak cuba lagi. Jadi, beri peluang kepada diri sendiri untuk berkawan dan menerima.
“Tidak seperti sebelum ini yang macam dah tak nak dan serik. Sekarang saya lebih rasa, kenapa tidak? Kita beri peluang kepada diri sendiri untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang bujang,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nadia turut mengakui menerima pelbagai pesanan daripada netizen berkaitan kehidupan peribadinya.
“Banyak pesanan daripada netizen. Terima kasih. Yang mana bagus kita ambil. Yang mana tak bersetuju, tak apalah, itu pendapat mereka,” kongsinya.
Untuk rekod, Nadia dan Nedim pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar hujung tahun 2025 sebelum mengumumkan perpisahan pada Mac 2026.